• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Lautan Biru Di Himpunan Anak Tiram

oleh Mynewshub
08/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PRN Johor: Lautan Biru Di Himpunan Anak Tiram
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan kehadiran ramai Bangsa Johor membanjiri Himpunan Anak Tiram sebagai satu suntikan semangat buat Barisan Nasional (BN) menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menerusi hantaran di media sosial, Onn Hafiz berkata, beliau bersyukur dapat bersama masyarakat dalam program berkenaan bersama calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Beliau merakamkan penghargaan atas sambutan, sokongan dan semangat yang diberikan sambil menyifatkan kehadiran besar Bangsa Johor menjadi kekuatan untuk BN terus bekerja sehingga ke garisan penamat.

“Berbaki hanya beberapa hari sebelum hari pengundian pada 11 Julai ini, setiap saat amat berharga dan setiap undi amat bermakna. Kita tidak boleh leka,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Menurut beliau, BN akan terus mempergiatkan usaha bagi memastikan kemenangan demi masa depan Johor, selain menegaskan pencapaian negeri itu sepanjang lebih empat tahun pentadbiran menjadi asas untuk meneruskan agenda pembangunan.

Onn Hafiz berkata, Johor telah mencatat beberapa pencapaian termasuk merekodkan pelaburan tertinggi di Malaysia, pertumbuhan ekonomi yang melepasi kadar nasional serta pelbagai inisiatif pembangunan dan kebajikan untuk rakyat.

Namun katanya, masih banyak perkara yang perlu dilaksanakan dan perjalanan membangunkan Johor masih panjang.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi di DUN Tiram supaya memberikan sokongan kepada calon BN dengan harapan rakyat terus memilih kestabilan dan kemajuan negeri.

Beliau turut mengajak Bangsa Johor memberikan sokongan kepada BN pada PRN kali ini sambil menyerahkan segala usaha kepada Allah SWT. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Barisan NasionalBNDatuk Abdul Halim SuleimanDatuk Onn Hafiz GhaziDUN TiramHimpunan Anak TiramLautan Birumenteri Besar JohorPRN Johor
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

14/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan perhatian kepada perkara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd