• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YADIM Lawat Agensi Kerajaan Dan Swasta Sepanjang Ramadan

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyasarkan untuk melawat 360 agensi kerajaan dan swasta di seluruh negara bagi menyampaikan mesej tentang kelebihan amalan bulan Ramadan di bawah program Jelajah Ramadan yang akan bermula minggu ini.

Yang Dipertua YADIM Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bagi tujuan itu, seramai 50 orang penceramah muda yang terlatih telah dipilih untuk menyampaikan dakwah.

Selain itu, katanya YADIM akan turut melaksanakan program iktikaf di masjid-masjid di seluruh negara yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam negeri-negeri.

“YADIM menyasarkan penyertaan antara 200 hingga 300 peserta bagi program iktikaf berkenaan dan ia akan diisi dengan aktiviti bacaan al-Quran, berbuka puasa dan sahur serta solat terawih berjemaah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Jelajah Dakwah Sehari YADIM bersama komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising di Kampung Jerus di sini, Sabtu.

Lebih 100 penduduk menyertai program itu termasuk gotong-royong membersih kubur yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising Zulkifli Ali. – BERNAMA

 

Tags: YADIM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malim & Pasukan Penyelamat Bekerjasama Dalam Misi SAR

Next Post

Kapal Tangki Bawa Ron 95 Hilang Di Perairan Johor

Related Posts

Arak Cap Timah Provokatif Terhadap Islam – Yadim

18/10/2021
0

PUTRAJAYA - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kesal dengan tindakan pihak mengeluar dan menjual arak jenama Timah yang dianggap bersifat...

Kisah Tok Guru Nik Aziz Bakal Diterbitkan

03/07/2019
0

SEKALIPUN Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lebih empat tahun meninggal dunia, namun ingatan sebilangan besar rakyat Malaysia terhadap...

Next Post

Kapal Tangki Bawa Ron 95 Hilang Di Perairan Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd