Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

NGO, Portal Berita Dibiayai...

KUALA LUMPUR - Dana yang diterima beberapa pihak termasuk portal pro-pembangkang Malaysiakini, Majlis...

Gaji PM Singapura Tertinggi...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tersenarai sebagai pemimpin negara yang...

PTPTN Nak Ke Terima...

SHAH ALAM – Bekas aktivis pelajar, Adam Adli Abd. Halim mempersoalkan kesanggupan Perbadanan...

N.Sembilan Rekod Pelepasan Udang...

SEREMBAN - Negeri Sembilan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records sebagai negeri terbanyak...

YADIM Lawat Agensi Kerajaan Dan Swasta Sepanjang Ramadan

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyasarkan untuk melawat 360 agensi kerajaan dan swasta di seluruh negara bagi menyampaikan mesej tentang kelebihan amalan bulan Ramadan di bawah program Jelajah Ramadan yang akan bermula minggu ini.

Yang Dipertua YADIM Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bagi tujuan itu, seramai 50 orang penceramah muda yang terlatih telah dipilih untuk menyampaikan dakwah.

Selain itu, katanya YADIM akan turut melaksanakan program iktikaf di masjid-masjid di seluruh negara yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam negeri-negeri.

“YADIM menyasarkan penyertaan antara 200 hingga 300 peserta bagi program iktikaf berkenaan dan ia akan diisi dengan aktiviti bacaan al-Quran, berbuka puasa dan sahur serta solat terawih berjemaah,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Jelajah Dakwah Sehari YADIM bersama komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising di Kampung Jerus di sini, Sabtu.

Lebih 100 penduduk menyertai program itu termasuk gotong-royong membersih kubur yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising Zulkifli Ali. – BERNAMA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • YADIM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori