• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agenda Maju Johor 2030 Beri Hasil, Johor Catat Pertumbuhan KDNK Tertinggi Negara

oleh Mynewshub
01/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Agenda Maju Johor 2030 Beri Hasil, Johor Catat Pertumbuhan KDNK Tertinggi Negara
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor mencatat kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi di Malaysia bagi tahun 2025 apabila merekodkan pertumbuhan sebanyak 8.0 peratus, mengatasi kadar pertumbuhan nasional 5.2 peratus.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pencapaian itu membuktikan segala usaha yang dilaksanakan menerusi agenda Maju Johor 2030 berada di landasan yang tepat dalam memacu pembangunan ekonomi negeri.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa segala ikhtiar yang dilaksanakan menerusi agenda Maju Johor 2030 berada di landasan yang tepat.

“Kejayaan ini juga mencerminkan keyakinan berterusan para pelabur terhadap Johor serta keberkesanan usaha Kerajaan Negeri dalam mewujudkan sebuah ekosistem yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi, pelaburan berkualiti dan pewujudan peluang pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, atas nasihat, panduan dan sokongan berterusan dalam memacu agenda pembangunan negeri.

Onn Hafiz berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, kementerian, jabatan, agensi berkaitan serta semua pihak yang bersama-sama menjayakan agenda pembangunan Johor.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor, Lee Ting Han, atas peranan yang dimainkan dalam menarik pelaburan dan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.

Menurutnya, pencapaian tersebut bukan untuk dibanggakan, sebaliknya menjadi amanah yang lebih besar untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Pencapaian ini bukan untuk kita mendabik dada, sebaliknya menjadi amanah yang lebih besar untuk terus bekerja demi Bangsa Johor. Saya percaya Johor masih mempunyai potensi yang amat besar untuk terus diterokai.

“Sekiranya terus diberikan mandat dan kepercayaan, kami akan terus bekerja lebih kuat untuk merealisasikan potensi tersebut demi mewujudkan lebih banyak peluang dan kemakmuran yang dapat dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor,” katanya.

Beliau berharap segala usaha membangunkan Johor akan terus dipermudahkan, sekali gus memperkukuh ekonomi negeri serta memastikan hasil kemajuan dapat dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor. – MYNEWSHUB

Tags: 8.0 peratusAgenda Maju Johor 2030Datuk Onn Hafiz GhaziKDNK TertinggiKeluaran Dalam Negeri Kasarmenteri Besar Johor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

14/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan perhatian kepada perkara yang...

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd