KADAR jangka hayat bateri merupakan masalah yang biasa membelenggu pengeluar dan pengguna telefon pintar.
Di pasaran, rata-rata peranti pintar mempunyai bateri berkadar 1500mAh ke 2500mAh, atau kadar penggunaan yang tidak lebih daripada sehari.
Ini membuatkan penggunaan powerbank dilihat sebagai alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.
Jika anda perasan, penggunaan powerbank ini juga seakan mematikan tahap evolusi bateri peranti mudah alih pada hari ini.
Namun teknologi baru yang dibangunkan ini dijangka akan menyelesaikan masalah tersebut.
Sepasukan penyelidik di Universiti Vanderbilt dilaporkan telah berjaya membangunkan teknologi baru bagi bateri melibatkan penggunaan silikon.
Pada mulanya ia dilihat seakan idea yang ‘gila’ kerana silikon merupakan bahan penebat elektrik.
Namun menurut mereka, tiada yang mustahil jika sesuatu perkara dilakukan dengan bersunguh-sungguh.
Hasilnya pasukan Professor Cary Pint telah berjaya mengabungkan bahan silikon dan sebatian karbon di mana ia mampu untuk menyimpan tenaga sembilan kali lebih besar berbanding bateri lithium-ion di pasaran.
Ini bermakna, peranti pintar dapat beroperasi lebih lama disebabkan ion pada silikon dapat dicas semula jika ianya tidak digunakan.
Sebagai contoh, bateri laptop atau pelbagai jenis peranti yang lain mampu bertahan sehingga lebih 27 jam walaupun peranti tersebut sentiasa digunakan.
Berbeza dengan bateri lithium-ion sedia ada, teknologi silikon dapat mengekstrak tenaga lebih cepat berbanding biasa, seterusnya menjadikan kadar pengecasan/kadar tenaga adalah lebih tinggi berbanding bateri biasa.
– MYNEWSHUB.CC
Sumber: mobileblis
https://www.youtube.com/watch?v=Q94SzyIgK08


