Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang.

Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Achim Schmillen, berkata perubahan dalam sektor pekerjaan ketika ini tidak dapat dielakkan kerana digital dan automasi akan menjadi elemen penting dalam pekerjaan.

Ini kerana menerusi tinjauan yang dijalankan Bank Dunia ia memberikan gambaran sektor tenaga kerja berisiko tinggi untuk digantikan dengan automasi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Malah, tegasnya, sudah terdapat teknologi yang membuktikan mampu menggantikan pekerjaan yang sebelum ini dilaksanakan oleh manusia.

“Namun, jika ditanya adakah ini bermaksud 50 peratus pekerjaan di Malaysia akan segera hilang dalam jangka masa pendek, jawapannya adalah mungkin tidak.

“Ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang sekurang-kurangnya akan mengambil masa sederhana dan panjang untuk menuju ke arah perubahan teknologi. 

“Kita mungkin mempunyai beberapa teknologi yang sudah tersedia di beberapa firma pekerjaan tetapi itu tidak bermaksud semua firma dapat menggunakan teknologi terbabit,” katanya pada webinar Bank Dunia bertajuk ‘Meningkat Daya Saing dan Mewujudkan Pekerjaan’, semalam.

Antara pekerjaan yang berisiko tinggi untuk beralih kepada automasi sepenuhnya adalah akauntan, operator mesin dan perkilangan, juruteknik kejuruteraan elektronik, juruteknik penerbangan dan juruteknik kejuruteraan elektrik.

Schmillen berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia juga dilihat tidak mampu melakukan peralihan itu dalam kadar segera dan ini akan melambatkan perubahan teknologi.

Katanya, perubahan ke arah automasi memerlukan kos yang tinggi dan hanya beberapa bidang pekerjaan yang mungkin dapat dilakukan oleh teknologi.

“Namun, masalah utama ketika ini adalah kos peralihan ke arah teknologi sangat tinggi dan lantaran itu kami tidak menjangkakan teknologi ini akan digunakan secara keseluruhan.


“Selain itu, terdapat juga rintangan dari segi perundangan, peraturan atau normatif yang menghalang pengambilalihan pekerjaan oleh teknologi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kebanyakan majikan kini meningkatkan keperluan untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam digital.

Elemen lain yang perlu dipertingkatkan oleh pekerja adalah beberapa kemahiran lain seperti sosio-emosi, kemahiran berfikir kreatif selain mampu berdikari untuk melaksanakan pekerjaan.

Beliau berkata, modal insan menjadi elemen penting kepada Malaysia dalam pengekalan pekerjaan untuk generasi akan datang.

“Cabaran paling utama adalah bagaimana kita ingin memastikan generasi masa depan terpelihara dan tidak berdepan dengan kesukaran disebabkan peralihan teknologi ini.

“Jadi apakah faktor tepat modal insan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan? Faktor asas yang ingin saya ketengahkan ini sangat penting dan harus menjadi perhatian utama pembuat dasar. 

“Yang pertama adalah kualiti pendidikan. Malaysia telah membuat kemajuan besar dalam meningkatkan akses pendidikan sejak beberapa puluh tahun lalu.

“Namun pembelajaran tetap menjadi satu cabaran besar. Secara dasarnya pelajar Malaysia menghabiskan 12 tahun untuk pendidikan rendah dan menengah.

“Ia adalah tempoh yang tidak efektif kerana hanya sembilan tahun pembelajaran yang disifatkan benar-benar digunakan sepenuhnya manakala baki tiga tahun lagi tidak digunakan dengan produktif,” katanya. – BH Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SIAPAKAH ANGGOTA PAC?

Sebelum kita beriya-iya membawang mengenai isu "kapal dah bayar tetapi tak dapat" seharusnya kita...

ISU KAPAL LCS: KEGAGALAN KEDUA RAFIZI HASUT RAKYAT

Memang tugas Rafizi Ramli menghasut rakyat. Apatah lagi dia kini Timbalan Presiden PKR. Jika...

4,684 Kes Baru, 11 Lagi Kematian

Sebanyak 4,684 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,705,824.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah kes...

Penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis Sia-Sia, Bertindan – TI-M

KUALA LUMPUR : Transparency International Malaysia (TI-M) tidak bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan...

Kesatuan Eropah Seru Ketegangan Gaza Dihentikan

BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu menggesa semua pihak agar mengelakkan sebarang tindakan...

Kartel Dadah Mexico Balut Mayat Seperti Mumia

BANDAR RAYA MEXICO – Anggota-anggota sebuah kartel dadah dilaporkan membunuh dua orang, membalut mangsa...

Pelajar Tingkatan Satu Ditahan, Curi Tabung Surau

Ampang Jaya : Tindakan seorang pelajar tingkatan satu dan rakannya mencuri tabung di sebuah...