• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

oleh Mynewshub
01/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penghargaan (credit) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pelaksanaan projek Laluan LRT3 Shah Alam demi manfaat rakyat negeri ini.

Baginda bertitah, penghargaan diberikan kepada Najib kerana mendengar titah baginda agar satu kemudahan pengangkutan rel dibina menghubungkan Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur serta kawasan sekitarnya.

“Beta masih ingat, titah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu, Beta telah memaklumkan kepada beliau semasa satu majlis berbuka puasa di rumahnya pada tahun 2015 dan beliau tanpa ragu menerima cadangan Beta itu.

“Ia susulan keluhan dan rintihan dalam banyak surat yang Beta terima daripada suri rumah mengenai suami mereka yang kerap sampai lewat ke rumah selepas waktu kerja kerana terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan khususnya.

“Ketika itu, Klang hanya mempunyai dua jambatan yang melintasi Sungai Klang menjadikan masalah kesesakan di waktu puncak bertambah buruk.

“Sebagai langkah penyuraian trafik segera, pentadbiran Datuk Seri Najib memansuhkan Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau pada tahun 2018,” titah baginda hari ini.

Sultan Selangor bertitah, apabila berlaku pertukaran kerajaan pada tahun 2018, projek LRT3 tergendala lebih 18 bulan dengan tambahan 19 bulan akibat wabak Covid-19 sehingga tahun 2021.

Titah baginda, ketika itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada DAP bersama penasihatnya, Tony Phua juga ddari DAP mengecilkan kos pelaburan untuk projek itu atas alasan konon ia merupakan projek ”mega”

“Mereka tidak memahami tujuan pembinaan projek LRT3 ini demi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat. Beta ingin tegaskan bahawa ini bukan projek mega dan bukan projek untuk bermegah-megah, tetapi ianya projek untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat Beta.

“Ketika Kementerian Kewangan (MOF) di bawah pentadbiran Guan Eng (DAP) dan Tony Phua (DAP) juga, saiz setiap stesen telah dikecilkan dan jumlah gerabak keretapi dikurangkan. Lima lokasi cadangan stesen dalam jajaran itu juga telah dibatalkan,” titah baginda lagi.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda namun bersyukur apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersetuju meneruskan projek itu dengan mengembalikan semula lima buah stesen yang telah dibatalkan dan akan turut membina rumah mampu milik di sekitar kawasan stesen dan laluan LRT3.

“Beliau juga telah mengarahkan agar tiada lagi sebarang halangan yang perlu dilayan daripada mana-mana pihak berkaitan dengan projek ini. Beta juga berharap pihak Prasarana dapat menyelenggara dengan baik laluan LRT3 ini supaya dapat beroperasi dengan lancar dan sempurna,” titah baginda.

Justeru, baginda bertitah tidak mahu lagi ada mana-mana pihak tertentu mengambil kesempatan untuk mendakwa bahawa kejayaan pelaksanaan LRT3 adalah hasil usaha mereka semata-mata.

“Hakikatnya, projek ini merupakan hasil kesinambungan perancangan, komitmen dan kerjasama pelbagai pihak merentasi beberapa pentadbiran demi kepentingan rakyat Selangor secara keseluruhannya,” titah baginda. – MYNEWSHUB

Tags: Credit'DAPDatuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Najib Tun RazakLaluan Shah AlamLim Guan EngLRT3PenghargaanprojekSultan SelangorSultan Sharafuddin Idris ShahTeruskanTony Pua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Persekutuan Diminta Pulangkan Hasil Pulau Pinang RM2.8 Bilion

Kerajaan Persekutuan Diminta Pulangkan Hasil Pulau Pinang RM2.8 Bilion

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP menggesa Kerajaan Persekutuan memulangkan kekurangan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pulau Pinang berjumlah RM2.8 bilion bagi...

Maszlee Dakwa ‘GenZ’ Setuju Dengan PMX, Penduduk Rumah Kos Mewah Sokong PH

Maszlee Dakwa ‘GenZ’ Setuju Dengan PMX, Penduduk Rumah Kos Mewah Sokong PH

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa sebahagian golongan muda GenZ bersetuju apabila ditanya mengenai Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd