• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Arau Bidas Jawapan PM: “Pertanyaan Tentang Pengumuman, Bukan Bila Kelulusan”

oleh Mynewshub
30/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ahli Parlimen Arau Bidas Jawapan PM: “Pertanyaan Tentang Pengumuman, Bukan Bila Kelulusan”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu pengumuman peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk Johor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN)

Menurut beliau, soalan yang beliau kemukakan kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah mengenai pengumuman, bukan bilakah peruntukan itu telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan seperti jawapan Anwar.

“Pertanyaan saya adalah pengumuman, bukan lulus tak lulus. Walaupun dah lulus tapi kenapa mesti umum masa itu (PRN). Saya kata ini pasal pengumuman. Lulus tak lulus nombor dua. Dah lulus kenapa nak umum masa itu (PRN) itu ceritanya.

“Jadi umum masa pilihan raya itu cuba mencari pengaruh, tetapi orang dah tetap dah akan beri (undi) pada siapa,” sindirnya.

Anwar mempertahankan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan di Johor menjelang PRN Johor kerana mendakwa ia telah terlebih dahulu diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Shahidan pada sidang Dewan Rakyat mempersoalkan kewajaran kerajaan mengumumkan peruntukan pembangunan hanya beberapa hari sebelum penamaan calon PRN Johor.

Beliau berkata, tindakan sedemikian menimbulkan persoalan dari sudut etika walaupun soal pelanggaran undang-undang diserahkan kepada pihak berkuasa.

Sebagai contoh, katanya, seorang menteri mengumumkan peruntukan di Johor pada 24 Jun, sedangkan penamaan calon berlangsung pada 27 Jun.

“Apakah wajar dari segi etika? Esok pilihan raya, esok penamaan calon, hari ini umum peruntukan. Wajarkah dibuat begitu hampir dengan penamaan calon?” katanya.

Shahidan turut mempersoalkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan peruntukan RM2.5 juta bagi kerja membaik pulih Flat Taman Tun Aminah di Skudai pada hari penamaan calon.

Beliau turut membangkitkan isu di Negeri Sembilan apabila kerajaan negeri didakwa mengumumkan peruntukan sehari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM180,000 diperuntukkan kepada setiap 17 kawasan DUN yang diwakili Pakatan Harapan (PH), manakala 14 DUN yang diwakili Barisan Nasional (BN) tidak menerima peruntukan.

“Saya nak tengok dari segi kewajaran berbuat demikian. Esok nak bubar, hari ini isytihar peruntukan. Dia sempat isytihar,” katanya.

Bagaimanapun, Shahidan berkata beliau tidak mahu memperbesarkan soal sama ada tindakan itu merupakan satu kesalahan undang-undang atau perlu dilaporkan kepada (SPRM).

Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sama ada tindakan tersebut wajar atau sebaliknya ketika membuat pilihan pada hari pengundian.

“Kita serah kepada rakyat untuk pangkah, apakah benda ini wajar dibuat,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Ahli Parlimen ArauBukan KelulusanDatuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Shahidan KassimDewan RakyatjawapankempenpengumumanPerdana Menteripilihan raya negeriPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mempertahankan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan menjelang...

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

30/06/2026
0

MUAR - "Alhamdulillah, letaklah jawatan". Demikian reaksi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan oleh Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd