• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Poster Sumbangan Kerajaan Persekutuan: “Kau Ingat Budak-Budak Johor Boleh Dicoki-Coki?”

oleh Mynewshub
30/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Poster Sumbangan Kerajaan Persekutuan:  “Kau Ingat Budak-Budak Johor Boleh Dicoki-Coki?”
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pelawak dan personaliti media sosial, Shahrol Shiro mempersoalkan Pakatan Harapan (PH) yang masih belum membentangkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor walaupun kempen telah memasuki hari keempat.

Shahrol menerusi satu rakaman video di media sosial berkata, sehingga kini gabungan politik itu hanya mengetengahkan poster yang didakwa konon pencapaian Kerajaan Persekutuan di Johor.

“Kau ingat budak-budak Johor kau boleh coki-coki (mempermainkan) macam itu saja? Kau buat poster macam itu? Setakat poster, aku pun boleh buat poster.

“Kau pergi buat poster, kau cakap bas kat Switzerland hasil daripada sumbangan Kerajaan Negeri Johor,” katanya sinis terhadap PH.

Shahril berkata, Barisan Nasional (BN) pula telah tampil lebih bersedia dengan mengemukakan manifesto yang mengandungi 63 tekad untuk Bangsa Johor.

Shahrol turut mempersoalkan poster PH yang memaparkan 13 projek utama Kerajaan Madani di Johor, dengan mendakwa beberapa projek berkenaan sebenarnya telah diluluskan atau dimulakan ketika pentadbiran BN.

Beliau memberi contoh projek Hospital Pasir Gudang yang menurut semakan dibuatnya diluluskan menerusi Bajet Persekutuan 2016 ketika Kerajaan Persekutuan diterajui BN di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, beliau berkata projek Rapid Transit System (RTS) Johor Bahru-Singapura turut ditandatangani pada 16 Januari 2018 ketika Retreat Pemimpin Malaysia-Singapura, yang disaksikan oleh Najib.

Sehubungan itu, Shahrol mengingatkan bahawa rakyat Johor tidak mudah diperdaya dengan dakwaan atau poster yang tidak disertakan fakta yang lengkap.
.
Beliau berkata, jika mana-mana pihak benar-benar mahu membawa Johor ke hadapan, mereka perlu tampil dengan perancangan yang serius dan bukan sekadar membuat persepsi.

“Kalau betul-betul nak membawa Johor ni ke hadapan, kena serius. Sejuta orang boleh bercakap, tetapi tak semuanya mampu melaksanakan. Fikir-fikirkanlah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber info/foto: Akaun media sosial Shahrol Azizie Azmi

 

Tags: Barisan NasionalBNBudak JohorCoki-Cokikerajaan persekutuanmanifestopakatan harapanPHpostershahrol shiro
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Senator DAP, RA Lingeshwaran mendakwa politik berasaskan agama membutakan pertimbangan. Beliau mempersoalkan adakah Johor mahu terus ke...

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak jadi 'kaki claim' kerana sebahagian projek berskala besar di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd