• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Rakyat Johor Mahu Hasil, Bukan Politik Bising’ – Mohd Fared

oleh Mynewshub
29/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Rakyat Johor Mahu Hasil, Bukan Politik Bising’ – Mohd Fared
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Barisan Nasional (BN) berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan rekod pentadbiran yang boleh dinilai serta pelan yang jelas untuk lima tahun akan datang melalui agenda Maju Johor 2030.

Penyandang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, situasi itu berbeza berbanding parti lawan yang hanya menyerang, menuduh dan bermain persepsi.

“Rakyat masih tertanya-tanya apakah rancangan mereka untuk Johor. Yang lebih banyak kedengaran hanya serang-menyerang, tuduh-menuduh dan bermain persepsi.

“Rakyat Johor sudah matang. Mereka tidak mahu politik yang bising. Mereka mahukan jalan yang lebih baik, peluang pekerjaan yang lebih luas, sekolah yang lebih berkualiti, hospital yang lebih baik dan kerajaan yang terus bekerja untuk mereka,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Mohd Fared yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah dalam PRN Johor kali ini menegaskan, pilihan raya bukan pertandingan siapa paling lantang bercakap.

Jelas calon BN Johor tersebut, pilihan raya adalah soal siapa yang mampu memikul amanah dan melaksanakan tanggungjawab.

“Sebab itu saya yakin rakyat Johor akan membuat pilihan berdasarkan rekod, prestasi dan kemampuan, bukan sekadar janji dan retorik.

“Johor perlukan kestabilan untuk terus maju. Jangan kita undur ke belakang. Teruskan memilih kepimpinan yang sudah terbukti bekerja untuk rakyat. Kestabilan dikekalkan, kemajuan diteruskan.

Dalam hantaran berasingan, Mohd Fared memaklumkan, tekad BN Johor untuk terus mentadbir negeri mesti dizahirkan supaya masyarakat Johor jelas mengenainya.

“Kita hanya perlu kisahkan rekod kerja dan pencapaian Maju Johor. Kita tak sempat nak mengutuk mahu pun menghina pihak lain. Tugas kita adalah menyampaikan bukti pencapaian negeri,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Fared Mohd Khalid

Tags: Barisan NasionalBuktiCalon BNDewan Undangan NegeriDUNkempenmenuduhmenyerangMohd Fared Mohd KhalidPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri JohorPentadbiran Negeripersepsipilihan raya negeriPRN JohorSemerah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd