KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN)
Ketuanya, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, perkembangan itu merupakan permulaan yang baik dan perlu diteruskan di negeri lain.
“Terima kasih PAS. Insya-Allah kita mulakan di Johor dan seterusnya di negeri lain. Tetap Onn,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Terdahulu, media melaporkan, PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon UMNO-BN di kerusi tidak ditandingi PN pada PRN Johor 11 Julai ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan arahan itu dikeluarkan bagi memastikan sokongan kepada Umno-BN di kawasan tidak mempunyai calon daripada PN.
“PAS mengarahkan ahli dan penyokong mengundi calon Umno atau BN di DUN tidak ditandingi PN.
“Saya yakin ahli PAS memahami betapa perlunya penyatuan ummah diteruskan dan PN ialah wadah ke arah penyatuan tersebut,” katanya seperti dilaporkan hari ini. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh


