• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN)

Ketuanya, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, perkembangan itu merupakan permulaan yang baik dan perlu diteruskan di negeri lain.

“Terima kasih PAS. Insya-Allah kita mulakan di Johor dan seterusnya di negeri lain. Tetap Onn,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, media melaporkan, PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon UMNO-BN di kerusi tidak ditandingi PN pada PRN Johor 11 Julai ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan arahan itu dikeluarkan bagi memastikan sokongan kepada Umno-BN di kawasan tidak mempunyai calon daripada PN.

“PAS mengarahkan ahli dan penyokong mengundi calon Umno atau BN di DUN tidak ditandingi PN.

“Saya yakin ahli PAS memahami betapa perlunya penyatuan ummah diteruskan dan PN ialah wadah ke arah penyatuan tersebut,” katanya seperti dilaporkan hari ini. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

Tags: AhliBarisan NasionalBNDatuk Dr Muhamad Akmal SalehDatuk Seri Tuan Ibrahim Tuan ManPASPemuda UMNOpenyokongTerima KasihUndi
Share226Tweet141SendShare

Related Posts

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

Wakil PKR, Kedutaan AS Berseloroh Isu ‘Tawaran Bantuan’ Kepada PAS

Wakil PKR, Kedutaan AS Berseloroh Isu ‘Tawaran Bantuan’ Kepada PAS

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mendedahkan beliau dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sempat berseloroh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd