• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

oleh Mynewshub
26/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sejak bila melawan parti DAP bermakna melawan Cina.

Menurutnya, melawan parti DAP bukan kerana Cina, tetapi disebabkan oleh kebebalan polisi DAP yang tidak tahu mengenai tentang sensitiviti golongan majoriti di negara ini.

“Dia (Kor Ming) kata bahawa saya yang memecah-belahkan kaum. Sayalah yang pencetus perkauman. Saya nak tanya kepada Kor Ming dan semua orang DAP tolong jawab.

“Sejak bila lawan DAP bermakna kita lawan orang Cina? Sejak bila kita lawan DAP bermakna kita mencetuskan perkauman? Kita lawan DAP ini sebab kebebalan DAP.

“Sebab polisi-polisi DAP yang tak tahu sensitiviti tentang golongan majoriti dalam negara,” katanya menerusi satu rakaman video di muat naik di media sosial hari ini.

Muhamad Akmal turut menegaskan tuduhan Kor Ming terhadapnya tidak benar kerana beliau tidak pernah menyentuh soal kaum apabila memperjuangkan beberapa isu sebelum ini.

Kata beliau, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP itu menuduhnya rasis hanya kerana mempertahankan bendera Malaysia dan membantah kalimah Allah tertulis pada stoking.

“Sentuh bangsa Cina? Langsung saya tak sentuh. Dulu saya kena. Lepas itu Onn Hafiz (Menteri Besar Johor) pula bila dia kata tak nak duduk dengan DAP… ehh dah pula Onn Hafiz dia tuduh perkauman. Sejak bila DAP ini jadi satu kaum?

“Kepada Kor Ming yang kau merentan-rentan sebut nama aku dah kenapa? Takut sangat ke dengan Akmal Saleh? Takut Akmal Saleh boleh menyatupadukan orang Melayu?,” katanya.

Justeru, beliau menyeru Bangsa Johor yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) supaya menilai siapa sebenar Kor Ming dan rakan-rakannya.

“Siapa yang rasis? Siapa yang perkauman? Siapa yang memecahkan keharmonian antara kita semua? Jadi kita jumpa di Johor. Insya-Allah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

 

Tags: Bukan CinaDAPDatuk Dr Muhamad Akmal SalehGolongan MajoritiKebebalanKetua Pemuda UMNOMenteri Perumahan dan Kerajaan TempatanNga Kor Mingperkaumanpolisisensitiviti
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd