• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

oleh Mynewshub
25/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara tidak langsung mencetuskan semula polemik berhubung isu “parti anak-beranak” dalam politik Malaysia.

Tindakan itu dikaitkan dengan dakwaan bahawa beliau tidak berpuas hati selepas anaknya tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit yang pernah disandang beliau sebelum ini.

Walaupun dakwaan tersebut belum disahkan oleh Mohd Puad sendiri, ia pantas mengundang persoalan mengenai sejauh mana pengaruh hubungan kekeluargaan memainkan peranan dalam sesebuah parti politik.

Bagi mendalami polemik yang timbul, Mynewshub mengambil inisiatif meneliti beberapa parti politik di Malaysia yang mempunyai hubungan kekeluargaan dalam struktur kepimpinan masing-masing.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan suami kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pernah menjadi Presiden PKR, manakala anak mereka, Nurul Izzah Anwar kini memegang jawatan Timbalan Presiden parti.

DAP turut sering disebut dalam perbincangan mengenai keluarga dalam politik melibatkan veteran DAP, Lim Kit Siang dan dua anaknya Lim Guan Eng yang kini Penasihat DAP serta Lim Hui Ying yang memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.

Selain PKR, Parti Pejuang Tanah Air turut sering dikaitkan dengan pengaruh keluarga apabila pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menerajui parti bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang memegang jawatan Presiden Pejuang.

Dalam PAS pula, walaupun parti itu tidak dilihat dikuasai oleh satu keluarga tertentu, beberapa tokoh politik daripada keluarga pemimpin parti pernah memegang jawatan utama parti.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang misalnya mempunyai anak, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang pernah mengetuai Dewan Pemuda PAS Malaysia dan kini menganggotai Jawatankuasa PAS Pusat.

UMNO sendiri tidak terkecuali daripada mempunyai kesinambungan keluarga politik.

Namun parti terbesar orang Melayu itu secara tradisinya tidak pernah dilihat dikuasai oleh satu keluarga tertentu walaupun beberapa pemimpinnya mempunyai latar belakang keluarga politik yang berpengaruh. – MYNEWSHUB

Tags: anak-beranakDAPDatuk Dr Mohd Puad Zarkashikontroversiparti politikPASpejuangPKRpolemikUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ahli UMNO Bermula Dari Bawah, Buktikan Kemampuan Sebelum Diberi Amanah

Ahli UMNO Bermula Dari Bawah, Buktikan Kemampuan Sebelum Diberi Amanah

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Setiap ahli UMNO perlu melalui proses, bekerja dari bawah, membina kepercayaan, membuktikan kemampuan dan mendapatkan pengiktirafan sebelum...

UMNO Segamat Buat Laporan Polis Terhadap Puad

UMNO Segamat Buat Laporan Polis Terhadap Puad

25/06/2026
0

SEGAMAT - UMNO Bahagian Segamat membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkaitan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd