• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Sasar KDNK RM260 Bilion Menjelang Tahun 2030 – MB Onn Hafiz

oleh Mynewshub
23/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Johor Sasar KDNK RM260 Bilion Menjelang Tahun 2030 – MB Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri ini mencecah RM260 bilion menjelang tahun 2030 menerusi pelaksanaan Johor Economic Transformation Plan (JETP)

Menerusi pelan pembangunan ekonomi jangka panjang itu juga Johor menyasarkan KDNK per kapita sebanyak RM69,000, pewujudan 200,000 peluang pekerjaan baharu serta 100,000 pekerjaan berpendapatan premium.

“JETP merupakan asas kepada usaha mentransformasikan Johor menjadi sebuah negeri maju, berdaya saing dan berpendapatan tinggi,” kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, bagi merealisasikan matlamat tersebut, setiap daerah diberikan peranan strategik berdasarkan kelebihan dan potensi masing-masing seperti berikut:

Johor Bahru – Hab AI, hab pembuatan berteknologi tinggi, ekonomi digital, aeroangkasa dan perkhidmatan berorientasikan eksport;

Kulai – Hab AI, hab pembuatan berteknologi tinggi, ekonomi digital, aeroangkasa dan perkhidmatan berorientasikan eksport;

Kota Tinggi – Gerbang tenaga, hab kimia hijau,
pertanian dan pelancongan;

Mersing – Hab ekonomi biru dan eko-pelancongan;

Kluang – Hab agro-pemprosesan bernilai tinggi, pertanian dan bioproses;

Segamat – Zon tanaman bernilai tinggi dan pemprosesan biojisim;

Tangkak – Pusat strategik dan agro pelancongan;

Muar – Kompleks tenaga perindustrian, pusat pelancongan dan industri pemprosesan makanan bernilai tinggi;

Batu Pahat – Industri pemprosesan dan pembuatan

Pontian – Hab tenaga biru-hijau dan produk akuakultur.

“Bagi mempercepatkan pelaksanaan agenda itu, kerajaan Johor memperkenalkan Johor Regulatory Sandbox. Ia membolehkan dasar, teknologi dan model perniagaan baharu diuji serta dilaksanakan dengan lebih pantas.

“Semoga segala perancangan yang digariskan menerusi JETP dapat direalisasikan dengan jayanya untuk seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Datuk Onn Hafiz GhaziJETPJohor Economic Transformation PlanKDNK Johorkeluaran dalam negara kasarMenjelang 2030menteri Besar Johorpeluang pekerjaanPendapatan premiumRM260 bilion
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd