• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Bukan Pergi Depan Angguk, Angguk, Angguk… Saya Perdana Menteri” – PM Anwar

oleh Mynewshub
23/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Saya Bukan Pergi Depan Angguk, Angguk, Angguk… Saya Perdana Menteri” – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bukan hanya sekadar ‘angguk-angguk’ ketika menghadap sultan atau raja.

Menurutnya, beliau sebaliknya akan memberi pandangan yang adakala bersetuju dan tidak bersetuju serta akan memberi pandangan balasan.

“Dan saya, di depan sultan-sultan semua, yang saya biasa, saya bagi pandangan. Saya setuju, ada tak setuju. Pandangan balas. Kalau dia nasihat, saya terima baik.

“Dia bagi pandangan. Kita bagi pandangan balas. Kita dengar nasihat. Saya bukan pergi depan angguk, angguk, angguk… Saya Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH PRN Johor hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan supaya tiada pihak mengaitkan institusi raja dalam pilihan raya kerana terdapat batas dalam demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Beliau turut menegaskan, PH memasuki Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk menampilkan wakil rakyat dan pimpinan negeri yang mewakili kepentingan rakyat Johor.

“Jadi saya tak mahu dikaitkan permasalahan. Saya tahu, viral dalam media sosial. Apalagi menimbulkan kesangsian dan sebagainya. Saya nak nasihatkan. Biar pilihan raya ini pilihan raya antara parti. Jangan kita kaitkan.

“Tidak wajar dalam sistem negara kita. Dalam demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Jadi kita harus ingat ada batasnya.

“Betapa pun ada masalah dan tak setuju dan sebagainya. Kita runding dengan baik dan kita menghadap dan jelaskan. Dan ini pendirian saya dan PH,” kata Anwar.

Beliau seterusnya menyelar pihak yang mengkritik beliau dan kerajaan pimpinannya sedangkan tiada kerajaan yang sempurna.

“Kadang-kadang orang berucap ini. Dia ingat seolah-olah Malaysia ini negara di mana. Di bulan dan bintang. Tak ada kesan daripada Selat Hormuz,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Angguk AnggukBersetujuDatuk Seri Anwar IbrahimMenghadapPandangan BalasPerdana MenteriRajasultanTidak Setuju
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulangi dakwaan 'sakau' di Melaka sekiranya Pakatan Harapan (PH)...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd