• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat Bersama, Gue Teck mengecam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana didakwa menyekat penggunaan dewan sekolah Cina oleh Bersama bagi penganjuran majlis makan malam kutipan dana parti itu.

Menurut beliau, majlis yang dijadualkan berlangsung pada 27 Jun di Wangsa Maju terpaksa dipindahkan ke lokasi lain walaupun selepas dua buah sekolah bersetuju dan telah menerima bayaran deposit untuk penggunaan dewan.

Menurutnya, ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli pernah menyewa dewan yang sama untuk beberapa program tanpa sebarang halangan.

Gue Teck mendakwa, alasan yang diberikan bagi pembatalan tempahan tersebut menunjukkan wujudnya campur tangan pihak tertentu sehingga keputusan Lembaga Pengarah Sekolah tidak lagi dapat dilaksanakan.

Beliau turut mencabar Timbalan Menteri Pendidikan supaya memberikan penjelasan dalam tempoh tiga hari kepada semua Lembaga Pengarah Sekolah Cina di seluruh negara berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, penyewaan dewan sekolah merupakan hak yang dinikmati secara sah oleh lembaga pengarah sekolah dan menjadi salah satu sumber penting untuk menambah dana operasi sekolah.

Gue Teck yang juga bekas ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, semangat reformasi yang pernah diperjuangkan kini semakin terhakis apabila suara yang berbeza pendapat didakwa ditekan dan disekat. – MYNEWSHUB

Tags: Ahli Jawatankuasa Pusat BersamaDatuk Seri Rafizi RamliDewan Sekolah CinadisekatGue Teckkerajaan perpaduankutipan danamajlis makan malamnajibParti BersamaPenggunaanWangsa Maju
Share210Tweet131SendShare

Related Posts

Sebarang Usaha Memudahkan Kesukaran Najib Mendapatkan Haknya Dianggap Berpahala – Nik Abduh

Sebarang Usaha Memudahkan Kesukaran Najib Mendapatkan Haknya Dianggap Berpahala – Nik Abduh

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berpandangan bahawa umat Islam yang membantu membayar...

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa pelaksanaan kuasa perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd