• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majoriti Netizen Sokong Titah TMJ Tegur PMX, Kerajaan Persekutuan

oleh Mynewshub
21/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Majoriti Netizen Sokong Titah TMJ Tegur PMX, Kerajaan Persekutuan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Rata-rata netizen khususnya rakyat Johor didapati menyatakan sokongan terhadap titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegur Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan semalam.

Tinjauan Mynewshub di platform media sosial mendapati ramai netizen menyifatkan titah baginda melambangkan suara sebenar rakyat Johor.

Antara komen daripada pengguna Facebook Zam Masrin yang menulis:

“Yang tersurat jika tersirat memang akan lebih pahit daripada hempedu. Terima kasih TMJ kerana bersuara untuk rakyat”

Seorang lagi netizen, Maliki Harun menyatakan sokongan terhadap titah baginda sambil membangkitkan soal agihan hasil negeri kepada Johor.

“Sokong kenyataan TMJ…RM40 bilion hasil Johor…dipulangkan RM2 bilion. Sepatutnya RM25 bilion”

Pengguna lain, Ctn pula menyatakan syukur atas titah Tunku Mahkota Ismail yang menjadi lambang kepada Raja Berdaulat dalam sebuah institusi Raja Berperlembagaan.

“Alhamdulillah, Raja Berdaulat. Sebab itu Raja Berperlembagaan ini ada dalam Rukun Negara”

Manakala Ayob Zioden berpendapat Tunku Mahkota Ismail mewakili suara rakyat Johor dalam isu berkenaan.

“TMJ adalah suara rakyat Johor. Parti, negeri lain jangan buat onar di Johor”

Bagaimanapun, terdapat pengguna media sosial dipercayai ahli politik dan penyokong Pakatan Harapan (PH) berusaha memperlekeh titah baginda.

Semakan lanjut Mynewshub turut mendapati sebahagian akaun yang mengkritik titah Tunku Mahkota Ismail mempunyai jumlah rakan yang terhad.

Manakala ada juga akaun terbabit yang memaparkan aktiviti tidak seimbang seperti jumlah hantaran yang tinggi berbanding rangkaian rakan yang sangat sedikit.

Kebanyakan hujah mereka namun dibalas dengan deretan kecaman oleh netizen khususnya netizen Bangsa Johor yang mempertahankan titah baginda.

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail menepis dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim konon Johor sebuah negeri kaya, tetapi mengalami banyak ‘kebocoran’

Sebaliknya, baginda bertitah kelewatan pelaksanaan projek pembangunan serta pelbagai kekangan dihadapi Johor berpunca daripada Kerajaan Persekutuan yang melambatkan atau menyekat pelaksanaan projek penting untuk rakyat negeri itu.

“Macam baru-baru ini sahabat saya Perdana Menteri membuat satu kenyataan Johor ini negeri kaya, tetapi banyak bocor… (Kalau) banyak bocor sebab Kerajaan Persekutuan yang bocorkan Johor.

“Saya bercakap berterus terang tak nak bertapis kerana apa? Projek yang melewat-lewatkan atau disekat. Saya dah alami berdasarkan pengalaman, bukan sekadar bercakap teori, ini praktikal,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail bertitah dalam sesi Podcast Bual Santai Petang DYAM Pemangku Sultan Johor Bersama Orang Muda Johor di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar, pada Jumaat. – MYNEWSHUB

Tags: Bangsa JohorDatuk Seri Anwar IbrahimKebocorankerajaan negerikerajaan persekutuanmuarNetizenPemangku Sultan JohorPerdana MenteriPodcastprojek rakyatsokongteguranTitahTunku Mahkota Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

Onn Hafiz Junjung Titah TMJ, Kerajaan Johor Fokus Kebajikan Rakyat dan Kemajuan Negeri

Onn Hafiz Junjung Titah TMJ, Kerajaan Johor Fokus Kebajikan Rakyat dan Kemajuan Negeri

21/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail atas segala pandangan, nasihat dan teguran yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd