• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Onn Hafiz Junjung Titah TMJ, Kerajaan Johor Fokus Kebajikan Rakyat dan Kemajuan Negeri

oleh Mynewshub
21/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Onn Hafiz Junjung Titah TMJ, Kerajaan Johor Fokus Kebajikan Rakyat dan Kemajuan Negeri
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail atas segala pandangan, nasihat dan teguran yang disampaikan baginda semalam.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, titah baginda menjadi pedoman kepada kerajaan negeri untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan.

Ujar beliau, kerajaan Johor akan memastikan setiap perancangan untuk negeri ini diterjemahkan kepada hasil yang benar-benar dapat dirasai rakyat.

“Saya bersama barisan Exco Kerajaan Johor menerima amanah itu dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Segala pandangan, teguran dan dorongan terhadap usaha yang telah dilaksanakan bukanlah alasan untuk kami berasa selesa.

“Masih banyak keperluan rakyat dan cabaran pembangunan yang perlu ditangani,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Onn Hafiz seterusnya memberi jaminan kerajaan Johor akan terus dinilai berdasarkan kerja, prestasi dan keberkesanan pelaksanaan.

Katanya, keutamaan kerajaan Johor kekal untuk memperkukuh ekonomi, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, menambah baik kemudahan asas serta memelihara kebajikan seluruh Bangsa Johor.

“Pada masa yang sama, kepentingan serta hak Johor akan terus diperjuangkan, manakala hubungan profesional dan baik dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dipelihara.

“Demi memastikan agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” katanya.

Tambah beliau, tanggungjawab kerajaan Johor adalah untuk terus bekerja dan berkhidmat dengan menjaga kestabilan serta memastikan kemajuan Johor dapat diteruskan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

 

Tags: Datuk Onn Hafiz GhaziKebajikan RakyatKemajuan Negerikerajaan JohorMenjunjung Titahmenteri Besar JohorPemangku Sultan JohorTunku Mahkota Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

Paling ‘Hollywood’ Sekali Yang Dekat Muar – TMJ Sindir Ahli Politik Populis

Paling ‘Hollywood’ Sekali Yang Dekat Muar – TMJ Sindir Ahli Politik Populis

20/06/2026
0

MUAR - "Kita ramai 'Hollywood'. Paling 'Hollywood' sekali yang dekat Muar" Demikian sindiran Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd