• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paling ‘Hollywood’ Sekali Yang Dekat Muar – TMJ Sindir Ahli Politik Populis

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Paling ‘Hollywood’ Sekali Yang Dekat Muar – TMJ Sindir Ahli Politik Populis
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – “Kita ramai ‘Hollywood’. Paling ‘Hollywood’ sekali yang dekat Muar”

Demikian sindiran Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap segelintir ahli politik yang gemar ‘berlakon’ di media sosial untuk meraih populariti.

Terdahulu, baginda bertitah, trend golongan muda yang suka terhadap ahli politik yang populis dan gemar ‘berlakon’ dalam media perlu berubah.

Baginda bertitah, golongan muda perlu bijak melakukan penyelidikan menggunakan semua platform yang ada sebelum membuat keputusan.

“Sebagai ahli politik, mereka terpaksa menguar-uarkan dalam media sosial untuk memastikan ada engagement dengan rakyat dan awak nampak mereka punya kerja keras. Itu saya faham.

“Tapi sebelum buat apa-apa keputusan, buat penilaian dulu sebab kita ramai ‘Hollywood’, paling ‘Hollywood’ sekali yang dekat Muar. Jadi saya tak suka dengan ‘Hollywood’, tapi saya suka orang yang melaksanakan tugas yang boleh memperbaiki hidup rakyat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam sesi Podcast Bual Santai Petang DYAM Pemangku Sultan Johor Bersama Orang Muda Johor yang berlangsung di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail bertitah baginda memikul amanah besar untuk memastikan negeri ini terus membangun dan kebajikan Bangsa Johor terpelihara dengan bekerjasama dengan kerajaan yang mampu bekerja.

Baginda mendedahkan mempunyai pengalaman bekerja dengan pihak yang langsung tidak pandai membuat kerja, sebaliknya hanya pandai mencari isu dan salah pihak lain.

“Untuk mencari isu, mencari salah dan menjadi pembangkang memang senang, tetapi apabila diberi kerusi untuk mentadbir, bukan semua orang mampu mentadbir. Rakyat Johor perlu bijak membuat penilaian,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail turut mendedahkan sumbangan terbesar kepada Bangsa Johor adalah dari keluarga diraja Johor yang membelanjakan lebih RM100 juta setahun.

Ia termasuk sumbangan kepada hospital, bantuan pendidikan, bantuan kepada golongan memerlukan, bekalan makanan serta tajaan menunaikan ibadah haji.

“Tetapi awak tidak nampak kami mewar-warkannya dalam media sosial kerana perbuatan itu dilakukan dengan ikhlas,” titah baginda. – MYNEWSHUB

Tags: ahli politikberlakonhollywoodmuarPaling HollywoodPemangku Sultan JohorPopulisTunku Mahkota Ismail
Share239Tweet149SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Menghadap Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Delegasi UTHM

Pemangku Sultan Johor Terima Menghadap Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Delegasi UTHM

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan...

Segala Yang Tuanku Buat Selama Ini Adalah Untuk Johor…Nape Ada Yang Kepanasan?

Segala Yang Tuanku Buat Selama Ini Adalah Untuk Johor…Nape Ada Yang Kepanasan?

21/10/2026
0

Oleh Mynewshub RENCANA — Pelik sungguh perangai sesetengah orang. Yang diperjuangkan ialah kepentingan Johor, yang hendak dibangunkan ialah Johor, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd