• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Tipu, Semua Parti Dan Calon Guna FB Ads” – Marina Ibrahim

oleh Mynewshub
19/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Jangan Tipu, Semua Parti Dan Calon Guna FB Ads” – Marina Ibrahim
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menyelar pihak yang menjadikan penggunaan iklan berbayar di Facebook (FB Ads) sebagai isu politik menyerang lawan.

Beliau yang sebelum ini mewakili DAP di kerusi berkenaan mendedahkan, penggunaan FB Ads merupakan amalan biasa yang digunakan oleh hampir semua parti politik dan calon.

Menurut beliau, penggunaan FB Ads khususnya ketika menghampiri musim kempen pilihan raya adalah bagi meningkatkan capaian kepada pengundi dan pengikut.

“Bosan dah, tahun 2026 pun masih main naratif bodoh terhadap lawan. Baik cerita pasal polisi atau apa yang nak dibuat untuk rakyat. FB Ads ni kita nak bertekak dan nak tipu siapa?

“Jangan tipu. Semua parti, semua calon ada guna FB Ads, terutama bila hampir kempen untuk tingkatkan sasaran pembaca dan pengikut,” katanya menerusi satu hantaran di ruangan komen media sosial.

Beliau turut mengingatkan supaya semua pihak tidak bersikap hipokrit dengan mendakwa parti tertentu sahaja menggunakan kaedah tersebut.

“Nak pengundi dan pengikut nampak apa yang dibuat. Jangan cakap seolah-olah suci, masing-masing parti tak buat.Korang nak tipu budak tadika ke apa?” sindirnya.

Isu penggunaan FB Ads mula dibangkitkan oleh seorang aktivis pro Pakatan Harapan (PH) bagi menyerang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau menerusi hantaran di media sosial mendakwa Onn Hafiz menggunakan FB Ads untuk membeli populariti dan menuduh konon ia merupakan amalan UMNO ‘Cash Is King’

Bagaimanapun, seorang pakar teknologi maklumat kemudian mendedahkan parti DAP dan beberapa parti lain menggunakan FB Ads dengan peruntukan dana yang lebih besar.

Beliau turut mendedahkan senarai bayaran perbelanjaan untuk FB Ads dengan DAP berada di tangga teratas melibatkan peruntukan lebih RM700,000.

“Ada tiga laman Facebook DAP yang berlainan jalan ads untuk kempen dalam senarai ini,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: CalonFB AdsJangan tipukempenMarina IbrahimSemua Parti
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd