• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mencadangkan formula perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO sebagai langkah merealisasikan penyatuan kedua-dua parti Melayu terbesar itu menjelang pilihan raya akan datang.

Menurut beliau, penyatuan PAS dan UMNO hanya boleh menjadi kenyataan sekiranya kepimpinan kedua-dua parti bersedia bertolak ansur serta berkongsi pengaruh politik berdasarkan kekuatan masing-masing di setiap negeri.

Beliau mencadangkan supaya PAS memberi laluan kepada UMNO untuk menerajui pertandingan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan memandangkan PAS dilihat kurang kuat di negeri-negeri tersebut.

Sebaliknya, UMNO pula dicadang memberi laluan kepada PAS di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana kedudukan UMNO dianggap lebih lemah di negeri-negeri berkenaan.

Bagi negeri-negeri lain, Aminuddin berpendapat kedua-dua parti boleh bertanding berdasarkan kekuatan dan pengaruh masing-masing, selain mengelakkan pertindihan yang boleh merugikan sokongan orang Melayu dan Islam.

Dalam masa sama, beliau menyeru agar PAS dan UMNO tidak menjadikan kempen pilihan raya sebagai medan menyerang atau memburukkan antara satu sama lain.

Sebaliknya, kedua-dua parti disaran menumpukan kepada penyampaian idea dan tawaran terbaik untuk membangunkan bangsa, agama serta negara.

“Jangan kita menjadi keldai atau diperkudakan oleh musuh sehingga tidak mengenal siapa musuh sebenar. Akhirnya yang rosak adalah agama dan diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Aminuddin Yahaya

 

Tags: Aminuddin YahayaformulaJohornegeriPASPengerusi Gabungan Nasionalisperkongsian kuasaUMNO
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membantu bekas Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd