• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

oleh Mynewshub
15/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua bank di Malaysia akan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank menerusi Mesin Juruwang Automatik (ATM) dan Smart Recycler Machine (SRM) di seluruh negara bermula 1 Julai 2026.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM),

Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam kenyataan bersama memaklumkan, inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) itu membolehkan pemegang kad debit membuat pengeluaran tunai tanpa had dan tanpa caj di lebih 14,000 ATM serta SRM di seluruh negara.

Menurut mereka, langkah tersebut mencerminkan komitmen industri perbankan dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang lebih mudah diakses, inklusif dan mampu milik kepada rakyat.

“Walaupun Malaysia terus bergerak ke arah ekonomi digital, wang tunai masih menjadi kaedah pembayaran penting bagi ramai rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Mereka turut menegaskan bahawa pelanggan perlu diberikan kebebasan untuk memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan masing-masing.

Dalam masa sama, bank-bank akan terus menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai yang lebih selamat dan mudah sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan ekosistem ekonomi digital negara – MYNEWSHUB

Tags: BankCaj RM1mesin ATMpercuma
Share221Tweet138SendShare

Related Posts

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd