• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tengok Trek Rekod Onn Hafiz Sejak 2022, Semua Kaum Beliau Jaga”

oleh Mynewshub
15/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Tengok Trek Rekod Onn Hafiz Sejak 2022, Semua Kaum Beliau Jaga”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Pemuda MCA, Wayne Woo Kok Toong menegaskan tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menolak kerjasama politik dengan DAP tidak boleh disifatkan sebagai rasis seperti didakwa sesetengah pihak.

Menurut beliau, penolakan terhadap sesebuah parti politik adalah perkara biasa dalam demokrasi dan tidak seharusnya dikaitkan dengan sentimen perkauman.

“DAP adalah sebuah parti politik, bukannya kaum. Menolak DAP atas faktor strategi dan prinsip politik tidak bermakna seseorang itu membenci mana-mana kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Wayne berkata, dakwaan bahawa Onn Hafiz bersikap rasis juga tidak selari dengan rekod pentadbiran beliau sejak mengambil alih kepimpinan Johor pada 2022.

“Cuba tengok trek rekod Onn Hafiz sejak 2022, semua kaum beliau jaga di bawah payung Bangsa Johor. Tidak ada mana-mana kaum yang dipinggirkan,” katanya.

Beliau turut merujuk kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menyifatkan tuduhan rasis terhadap Onn Hafiz sebagai tidak berasas hanya kerana Barisan Nasional (BN) Johor memilih untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN)

Menurut Wayne Woo, bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr Chua Soi Lek juga berpandangan bahawa kenyataan Onn Hafiz perlu dilihat dari sudut strategi pilihan raya dan usaha mengekalkan kestabilan politik negeri.

Katanya, Johor memerlukan sebuah kerajaan yang mempunyai hala tuju yang jelas dan mampu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan tanpa dibebani perbezaan ideologi antara parti.

“Komuniti peniaga dan rakyat mahukan kestabilan untuk mencari rezeki serta memastikan ekonomi negeri terus berkembang,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang melabel penolakan terhadap DAP sebagai rasis sedangkan pengundi mempunyai hak untuk membuat pilihan politik masing-masing.

Sebagai contoh, katanya, terdapat kawasan bandar di Sabah yang menyaksikan pengundi Cina tidak memberikan sokongan kepada DAP dalam pilihan raya sebelum ini.

“Adakah kita mahu melabel mereka sebagai rasis? Sudah tentu tidak. Itu adalah pilihan politik yang matang,” katanya.

Wayne Woo berkata, walaupun kerjasama politik di peringkat Persekutuan mungkin memerlukan pendekatan berbeza demi kestabilan nasional, Johor mempunyai acuan tersendiri yang telah terbukti berjaya menarik pelaburan dan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.

Sehubungan itu, beliau berkata sokongan terhadap pendirian tegas Onn Hafiz bukanlah berasaskan sentimen perkauman, sebaliknya demi memastikan Johor terus menikmati kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

“Tolak politik retorik, kita fokus kepada kemakmuran ekonomi dan masa depan Johor yang lebih jelas serta stabil,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA

 

Tags: Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Pemuda MCABangsa JohorDAPDatuk Onn Hafiz GhaziJaga semua kaummenteri Besar JohorrasisWayne Woo Kok Toong
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd