• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Koyak Sampai Sentuh Fizikal, Onn Hafiz Tetap Tenang” – Akmal Saleh

oleh Mynewshub
13/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Koyak Sampai Sentuh Fizikal, Onn Hafiz Tetap Tenang” – Akmal Saleh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh tampil mempertahankan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi susulan kritikan pihak tertentu terhadapnya.

Menurut Akmal, Onn Hafiz sebelum ini pernah digelar “budak” dan turut dilabel sebagai “racist”, namun beliau tetap tenang serta tidak melayan serangan yang ditujukan kepadanya.

Malah, Akmal mendakwa pihak yang mengkritik Onn Hafiz kini semakin terdesak sehingga sanggup menyentuh aspek fizikal Menteri Besar Johor itu.

“Kamu gelar dia budak, Onn Hafiz kekal tenang. Kamu gelar dia ‘racist’, Onn Hafiz langsung tak layan. Hari ini kamu koyak sangat sampai sentuh bentuk fizikal dia pula. Betul-betul koyak geng kamu ni,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau turut memuji sikap tenang yang ditunjukkan Onn Hafiz walaupun berdepan pelbagai serangan peribadi dan sindiran politik.
“Yang tetap steady, Onn,” katanya sambil menyertakan emoji tanda sokongan terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu.

Dalam hantaran sama, Akmal secara sinis mengemukakan soalan kepada pihak yang mengkritik Onn Hafiz mengenai reaksi mereka sekiranya dilabel dengan gelaran berkaitan fizikal.

“Nak tanya kalau ada orang gelar kamu ‘gemuk tiada leher’, agak-agak kamu marah tak? Ni soalan tau, bukan kenyataan, sebab nak tahu je,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dipercayai menyindir Onn Hafiz apabila berkata bahawa ada individu yang merasakan diri mereka lebih tinggi daripada orang lain walaupun tidak berapa tinggi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

Tags: Anthony Loke Siew FookDatuk Dr Muhamad Akmal SalehDatuk Onn Hafiz GhazigemukKetua Pemuda UMNOmenteri Besar JohorMenteri PengangkutanpendekSetiausaha Agung DAP
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Teruskan Majlis Rai Peneroka FELDA, Penyerahan Hak Milik 210 Peneroka

Kerajaan Johor Teruskan Majlis Rai Peneroka FELDA, Penyerahan Hak Milik 210 Peneroka

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan meneruskan program meraikan para peneroka FELDA di negeri ini walaupun FELDA membatalkan Sambutan Hari...

Zahari Dedah Surat FELDA Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

Zahari Dedah Surat FELDA Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip menafikan dakwaan konon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd