• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja-Kerja Mencantikkan Tren Terpaksa Ditangguh Tunggu Menteri Pengangkutan Lancar – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
13/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerja-Kerja Mencantikkan Tren Terpaksa Ditangguh Tunggu Menteri Pengangkutan Lancar – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerja-kerja mencantikkan dan membalut tren KTM Johor terpaksa ditangguhkan kerana perlu menunggu kehadiran Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk melancarkannya pada hari Selasa ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mendedahkan perkara itu berkata, sebenarnya kerajaan negeri menghulurkan bantuan sebanyak RM700,000 bagi kerja-kerja mencantikkan dan membalut tren terbabit.

“Untuk pengetahuan semua, bagi memastikan agenda memperkasakan pengangkutan awam di Johor melalui projek KTM Komuter ini dapat berjalan dengan baik, kerajaan negeri turut menghulurkan bantuan sebanyak RM700,000 bagi kerja-kerja mencantikkan dan membalut tren.

“Saya juga difahamkan pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan bagi menunggu kehadiran YB Menteri Pengangkutan untuk melancarkannya pada hari Selasa ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Onn Hafiz berkata, atas permohonan KTM, kerajaan Johor melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) turut bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan bas pengantara di stesen-stesen terlibat, termasuk perkhidmatan shuttle dengan kos operasi sekitar RM86,000.

Menurut beliau, kerajaan Johor juga menyelaras laluan Bas Muafakat Johor serta menaja tempat duduk bernilai kira-kira RM9,000 demi keselesaan penumpang.

“Perkongsian ini bukanlah bertujuan untuk ‘claim credit’, tetapi sekadar memaklumkan bahawa kerajaan negeri Johor turut menyumbang dalam menjayakan inisiatif Kerajaan Persekutuan. Johor bukan sekadar menerima, tetapi turut membantu melaksanakan.

“Bagi saya, projek pembangunan bukanlah milik mana-mana parti politik termasuklah DAP. Sebaliknya, ia adalah tanggungjawab semua pihak yang diberikan amanah dan kita mesti kekal profesional untuk melaksanakannya demi manfaat dan kesenangan rakyat.” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Anthony Loke Siew FookDatuk Onn Hafiz GhaziditangguhkehadiranKerja-KerjaKTM JohormembalutMencantikkanmenteri besarMenteri PengangkutanPendedahanSelasatrenTunggu
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Anthony Loke Dakwa Jadi Mangsa Serangan Peribadi, Fitnah

Anthony Loke Dakwa Jadi Mangsa Serangan Peribadi, Fitnah

04/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa beliau menjadi sasaran serangan peribadi dan pelbagai fitnah sepanjang...

DAP Dakwa Dapat 25% Sokongan Pengundi Melayu Negeri Sembilan

DAP Dakwa Dapat 25% Sokongan Pengundi Melayu Negeri Sembilan

04/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa parti itu memperoleh sokongan sekitar 20 hingga 25 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd