• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Jualan Rahmah di Bawa Ke Kawasan Parlimen Kulai

oleh Mynewshub
11/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Program Jualan Rahmah di Bawa Ke Kawasan Parlimen Kulai
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching memaklumkan Program Jualan Rahmah akan diadakan di daerah ini esok.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, program itu bertujuan membantu rakyat Johor mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan.

“Program Jualan Rahmah akan berlangsung pada Jumaat, 12 Jun 2026, dari pukul 2 petang hingga 6 petang di Tapak Pasar Tani Jalan Merbau, Bandar Putra, Kulai,” katanya dalam satu hantaran di media sosial

Katanya, pelbagai barangan asas dan keperluan harian akan ditawarkan pada harga Rahmah bagi membantu meringankan kos sara hidup masyarakat setempat.

Beliau turut memaklumkan bahawa penerima bantuan di bawah program Sara dan MyKasih boleh menggunakan kemudahan tersebut semasa program berlangsung.

Dalam pada itu, katanya, Pejabat Parlimen Kulai turut mengadakan Kaunter Bergerak di Pasar Pagi Bandar Putra pagi tadi.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sara, kaunter aduan serta pertanyaan, selain pendaftaran MyDigital ID.

Nie Ching berkata, inisiatif itu bertujuan memudahkan rakyat mendapatkan maklumat, membuat semakan dan mengemukakan aduan secara terus kepada pasukan Pejabat Parlimen Kulai tanpa perlu hadir ke pejabat kerajaan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teo Nie Ching

Tags: Ahli Parlimen KulaiJohorKulaiPengerusi DAP JohorProgram Jualan RahmahTeo Nie ChingTimbalan Menteri Komunikasi
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Johor Negeri Pertama Perkenal Sistem Logistik Halal

Johor Negeri Pertama Perkenal Sistem Logistik Halal

29/07/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor menjadi negeri pertama di Malaysia melaksanakan sistem logistik halal sebagai langkah memperkukuh integriti rantaian bekalan produk...

DAP Johor Dakwa PH Berkempen Dengan Sumber Yang Terhad

DAP Johor Dakwa PH Berkempen Dengan Sumber Yang Terhad

13/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching mendakwa jentera kempen Pakatan Harapan (PH) bergerak lebih perlahan berbanding Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd