• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

oleh Mynewshub
10/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) melancarkan operasi bagi menerangkan tentang pelbagai isu negara bermula malam ini.

Ia termasuk perbandingan ekonomi Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Perdana Menteri terdahulu.

Ketua Pengarahnya, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, semua kakitangan J-KOM telah pun diberi taklimat mengenai perbandingan tersebut hari ini.

“Kita jalan terus! Taklimat Online kepada semua staf J-KOM pasal ekonomi Malaysia compare zaman Najib Razak, Mahathir, Muhyiddin, Ismail Sabri dan Anwar.

“Malam ni kita lancar operasi JKOM seluruh negara. Jalan terus. Reform habisan bermula hari ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau turut memaklumkan semua kakitangan J-KOM akan diberi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bermula hari ini.

Kata beliau, ia termasuk KPI untuk Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian, Pengarah Zon, Pengurus Operasi Negeri dan Pegawai lapangan Parlimen.

Mohd Hisyamuddin atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM yang baharu beberapa hari lalu.

Beliau merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Syam Ghaz

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Najib Tun RazakJ-KOMJabatan Komunikasi KomunitiKetua PengarahLancar operasiMohd Hisyamuddin GhazaliPerbandingan Ekonomi
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Sedang Kaji Proses Kenaikan Pangkat Tentera, Seru Perkukuh Perpaduan – PMX Anwar

Kerajaan Sedang Kaji Proses Kenaikan Pangkat Tentera, Seru Perkukuh Perpaduan – PMX Anwar

27/07/2026
0

TAMPIN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kaedah untuk menambah baik proses kenaikan pangkat pegawai...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd