• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Sebanyak RM306,000 telah disalurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai bagi menyokong pelbagai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) serta rumah ibadat masyarakat India di daerah ini sejak tahun 2022.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Johor, Teo Nie Ching berkata, ia termasuk RM46,850 kepada Kuil Dewa Sri Maha Karumariamman Ladang Fraser bagi kerja-kerja penambaikan.

Beliau yang juga Ketua Wanita DAP berkata, peruntukan itu untuk kerja penggantian bumbung, baik pulih tiang batu pintu serta pemasangan mozek pada tabletop.

“Selain itu, sumbangan sebanyak RM3,000 telah disalurkan pada tahun 2025 bagi menyokong penganjuran perayaan tahunan.

“Diikuti sumbangan terkini berjumlah RM5,000 pada tahun ini bagi memastikan kelancaran sambutan yang terus menjadi lambang perpaduan komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Nie Ching berkata, beliau sebagai Ahli Parlimen Kulai sentiasa memastikan kebajikan rakyat, pengukuhan institusi keagamaan serta pembangunan pendidikan komuniti.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terus berganding bahu dalam membina Kulai yang lebih inklusif, harmoni dan mampan untuk semua,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teo Nie Ching

 

Tags: DAPkuilKulaiNGOPHTeo Nie Ching
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sudah Tiba Masa Masyarakat Cina Berhenti Pertahankan PH, Anwar – Lee Chean Chung

Sudah Tiba Masa Masyarakat Cina Berhenti Pertahankan PH, Anwar – Lee Chean Chung

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya, Lee Chean Chung menggesa masyarakat Cina berhenti mempertahankan...

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd