• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Mimpi Kembali Dominan Seperti Sebelum 2018, UMNO-BN Kini Pemain Kecil – DAP

oleh Mynewshub
04/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Mimpi Kembali Dominan Seperti Sebelum 2018, UMNO-BN Kini Pemain Kecil – DAP
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong mendakwa majoriti rakyat Malaysia tidak mahu kembali kepada era dominasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti sebelum tahun 2018.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, masih ada pihak mengimpikan kembalinya era UMNO-BN sebagai kuasa politik yang dominan sedangkan zaman telah berubah.

Untuk rekod, era dominasi UMNO-BN sebelum tahun 2018 adalah dibawah pimpinan bekas Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dalam landskap politik semasa, keputusan yang paling berkemungkinan bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) adalah Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) muncul sebagai dua blok utama, manakala BN menjadi pemain yang lebih kecil.

“Diharapkan para pemimpin UMNO dan BN menyedari bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak mahu kembali kepada era dominasi UMNO sebelum tahun 2018,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Terdahulu, Chin Tong mendakwa BN Johor bergerak secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sebagai langkah untuk mengembalikan kedudukannya sebagai parti dominan seperti sebelum tahun 2018.

Kata beliau, BN Johor bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun itu bermakna perlu berdepan dengan PH, rakan gabungannya dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Mereka percaya UMNO hanya boleh
mengembalikan kegemilangannya dengan bertanding sebanyak mungkin kerusi dan mengetengahkan calon Perdana Menteri sendiri bagi meraih semula sokongan orang Melayu.

“Dengan memperoleh kemenangan besar di Johor, mereka berharap dapat menggunakan momentum tersebut untuk menghadapi PRU akan datang secara solo,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberi peringatan kepada pemimpin UMNO bahawa PRU-14 pada tahun 2018 telah menamatkan sera dominasi satu parti.

“Walaupun boleh diakui BN mempunyai kelebihan dalam PRN Johor, kemenangan dalam PRN tidak semestinya menjamin kejayaan dalam PRU,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Liew Chin Tong

 

Tags: BermimpiBNdominasieraLiew Chin TongPengarah Strategik DAPPRN JohorPRU-16Sebelum 2018UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

BN Johor Jadi Rebutan PH PN, Bersaing Cuba Pujuk Jalin Bekerjasama?

BN Johor Jadi Rebutan PH PN, Bersaing Cuba Pujuk Jalin Bekerjasama?

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Keputusan UMNO-Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) menyaksikan perkembangan yang...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd