• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Onn Hafiz Nafikan Senarai Calon BN Tular

oleh Mynewshub
03/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Onn Hafiz Nafikan Senarai Calon BN Tular
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan satu senarai calon Barisan Nasional (BN) yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp, sambil menegaskan bahawa senarai berkenaan adalah palsu dan tidak benar.

Menurut beliau, sebarang pengumuman rasmi berkaitan calon BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan dibuat menerusi saluran rasmi parti dan bukannya melalui mesej yang tersebar di platform media sosial.

“Senarai tersebut adalah palsu dan tidak benar. Sebarang pengumuman rasmi berkaitan calon BN hanya akan dibuat melalui saluran rasmi parti.

“Dalam bahang pilihan raya ini, sudah pasti akan ada pelbagai bentuk fitnah, khabar angin, provokasi dan berita palsu yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial hari ini.

Onn Hafiz menyeru seluruh Bangsa Johor agar mengamalkan sikap tabayyun, menyemak fakta terlebih dahulu dan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi sebelum menerima atau menyebarkan sesuatu berita.

Beliau turut menggesa semua pihak supaya berpolitik secara matang, berakhlak dan bertanggungjawab sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Katanya, penyebaran berita palsu bukan sahaja boleh mengelirukan rakyat, malah berpotensi menjejaskan keharmonian, kestabilan serta proses demokrasi di negeri ini. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Calon BNDatuk Onn Hafiz Ghazimenteri Besar JohorPRN Johorsenarai palsu
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

29/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan terus menaik taraf taman-taman awam di seluruh negeri bagi menyediakan ruang riadah yang lebih...

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran menyeru masyarakat India di Negeri Sembilan melakukan perkara yang sama seperti di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd