• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Johor Dibubar Berkuat Kuasa Hari Ini, PRN Johor Bakal Berlangsung

oleh Mynewshub
01/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
DUN Johor Dibubar Berkuat Kuasa Hari Ini, PRN Johor Bakal Berlangsung
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk.Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN)

Beliau berkata, pembubaran itu dibuat selepas menghadap Pemangku Mahkota Johor, Tunku Mahkota Ismail hari ini.

Menurut beliau, watikah pembubaran DUN Johor Ke-15 telah diperkenankan oleh Pemangku Sultan Johor dan berkuat kuasa serta-merta pada hari ini.

“Pembubaran ini adalah selaras dengan peruntukan Fasal 23, Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Ia dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi melalui PRN Johor, tertakluk kepada penetapan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Onn Hafiz berkata, keputusan tersebut dibuat dengan niat untuk memastikan rakyat Johor terus memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.

Beliau turut menyeru semua parti politik, pemimpin dan penyokong agar menghadapi proses demokrasi itu dengan penuh adab, tertib dan semangat berkhidmat kepada rakyat.

“Marilah kita bersama-sama menjaga keharmonian dan kemafakatan Bangsa Johor sepanjang tempoh pilihan raya ini,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar negeri Johor terus dipelihara, rakyatnya dilindungi serta dikurniakan kestabilan, kemakmuran dan keberkatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon, hari mengundi dan tarikh mengundi awal dalam masa terdekat. – MYNEWSHUB

 

Tags: bubarDatuk Onn Hafiz GhaziDUN JohorpengumumanPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Tak Sangka DAP Guna Jawatan GLC Untuk Berjual Beli Politik”

“Tak Sangka DAP Guna Jawatan GLC Untuk Berjual Beli Politik”

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas DAP kerana menggunakan jawatan syarikat berkaitan...

MCA, MIC Beri Sokongan Penuh Kepada Onn Hafiz

MCA, MIC Beri Sokongan Penuh Kepada Onn Hafiz

30/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Parti MCA dan MIC menyatakan sokongan penuh kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Johor yang juga Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd