• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat

oleh Mynewshub
01/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat
Share on FacebookShare on Twitter

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025) mula berkuat kuasa hari ini dalam usaha memperkukuh keselamatan pengguna internet, khususnya golongan kanak-kanak di Malaysia.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, pelaksanaan kedua-dua kod tersebut merupakan langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat serta bertanggungjawab.

Menurut MCMC, mulai 1 Jun 2026, semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan memastikan hanya pengguna berumur 16 tahun dan ke atas dibenarkan mendaftar akaun serta mengakses ciri-ciri perkhidmatan yang bersesuaian dengan umur mereka.

Keperluan pengesahan umur itu terpakai kepada platform media sosial berlesen termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube, sejajar dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap aspek keselamatan dalam talian serta perkembangan kanak-kanak.

Bagi pengguna sedia ada, proses pengesahan umur akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh sehingga enam bulan oleh penyedia perkhidmatan media sosial yang berkaitan.

MCMC memaklumkan bahawa sepanjang tempoh tersebut, pengguna sedia ada yang dikenal pasti berumur di bawah 16 tahun akan diberikan tempoh satu bulan untuk memuat turun atau memindahkan data mereka, termasuk gambar dan video, sebelum sebarang sekatan, penggantungan atau tindakan lain dikenakan oleh platform berkenaan.

Sehubungan itu, MCMC menggesa semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen supaya mematuhi sepenuhnya obligasi statutori di bawah CPC dan ONSA, termasuk melaksanakan mekanisme pengesahan umur yang berkesan dalam tempoh ditetapkan.

“MCMC memandang serius sebarang ketidakpatuhan terhadap keperluan ini dan akan mengambil tindakan kawal selia serta penguatkuasaan yang sewajarnya selaras dengan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, RMC turut melengkapkan langkah perlindungan tersebut dengan mewajibkan penyedia perkhidmatan melaksanakan tindakan pencegahan secara proaktif, termasuk menjalankan penilaian risiko, memperkukuh penyederhanaan kandungan, menyediakan kawalan keselamatan pengguna dan meningkatkan tahap akauntabiliti platform.

MCMC berkata, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan, termasuk pemain industri dan masyarakat, bagi memastikan ekosistem digital negara menjadi lebih selamat, bertanggungjawab dan mesra kanak-kanak. – MYNEWSHUB

 

Tags: 16 TahunAkaun media sosialMCMCMendaftarPengesahan Umursekatanumur
Share221Tweet138SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd