• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaunter Bantuan Kasih Johor Ditambah, Waris Boleh Ambilkan Bantuan – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
28/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kaunter Bantuan Kasih Johor Ditambah, Waris Boleh Ambilkan Bantuan – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dalam proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lebih teratur, mudah dan selesa kepada penerima.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu diputuskan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan BKJ Fasa Keempat bagi meneliti pelaksanaan bantuan tersebut, khususnya melibatkan kategori penerima yang besar seperti warga emas dan suri rumah.

Menurut beliau, kerajaan negeri mengambil maklum setiap pandangan dan maklum balas yang diterima daripada rakyat bagi menambah baik proses pengagihan bantuan.

Antara langkah yang akan dilaksanakan ialah tempoh penyerahan BKJ dilanjutkan sehingga 28 Jun 2026 bagi memberi lebih ruang dan masa kepada penerima.

Selain itu, jumlah kaunter semakan dan bayaran turut akan ditambah mengikut nisbah penerima di setiap lokasi.

Bagi lokasi yang melibatkan lebih 3,000 penerima, sekurang-kurangnya 35 kaunter semakan dan 35 kaunter bayaran akan disediakan.

Bagi lokasi yang mempunyai 2,000 penerima ke bawah pula, sekurang-kurangnya 10 kaunter semakan dan 10 kaunter bayaran akan diwujudkan selain kaunter aduan dan pertanyaan.

Dalam pada itu, tempoh operasi di beberapa lokasi khususnya di daerah Johor Bahru turut akan dilanjutkan sehingga 12 jam bagi mengurangkan kesesakan dan memberi lebih keselesaan kepada penerima, terutama warga emas.

Kerajaan negeri juga akan menyediakan ruang menunggu di lokasi yang mempunyai jumlah penerima tinggi selain memudahkan proses semakan dengan hanya memerlukan kad pengenalan sebelum bayaran dibuat.

Onn Hafiz berkata, wakil waris terdekat turut dibenarkan mengambil bantuan bagi pihak penerima yang tidak berupaya hadir. Sekiranya tiada waris, kerajaan negeri akan turun padang ke rumah penerima yang layak untuk menyerahkan bantuan tersebut.

Tambah beliau, pasukan Southern Volunteers juga akan digerakkan bagi membantu warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang hadir ke lokasi penyerahan bantuan.
Pada masa sama, permohonan rayuan BKJ akan dibuka bermula 1 Julai 2026 bagi memberi peluang kepada individu yang layak tetapi belum tersenarai membuat semakan serta permohonan semula.

“Saya sedar dan insaf bahawa setiap bantuan yang disampaikan membawa harapan kepada penerima, khususnya mereka yang benar-benar memerlukan.

“Insya-Allah, kerajaan negeri akan terus memperbaiki dan menambah baik proses pelaksanaan dari semasa ke semasa agar manfaatnya benar-benar sampai kepada Bangsa Johor,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Bantuan Kasih JohorBKJDatuk Onn Hafiz Ghazikauntermenteri besarProses PenyerahanTambah Baikwaris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd