• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Tak Perlu Takutkan Pengundi Bukan Muslim, MCA Bersama BN Johor – Wee Ka Siong

oleh Mynewshub
26/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
DAP Tak Perlu Takutkan Pengundi Bukan Muslim, MCA Bersama BN Johor – Wee Ka Siong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong meminta DAP tidak memainkan propaganda serta menakut-nakutkan pengundi bukan Islam menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut beliau, DAP sendiri kini bekerjasama dengan UMNO dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) walaupun sebelum ini parti itu lantang mengkritik kedua-duanya sebagai korup, tidak cekap dan menindas rakyat.

Katanya, DAP juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada GPS selepas mendakwa gabungan politik dari Sarawak berkenaan merompak kekayaan negeri sehingga rakyat terus hidup miskin.

“Jadi hentikan propaganda murahan dan usaha menakut-nakutkan pengundi bukan Islam sebelum pilihan raya Johor,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong hari ini meminta Ka Siong menjelaskan sama ada akan menyokong Perikatan Nasional (PN) yang didominasi Pas untuk membentuk kerajaan sekiranya situasi politik seperti tahun 2022 berulang.

Ka Siong berkata, MCA kekal bersama Barisan Nasional (BN) Johor dan meminta DAP memberi tumpuan kepada isu pentadbiran di Selangor.

Beliau turut menegaskan DAP perlu menjawab pelbagai persoalan rakyat berhubung janji lama parti itu. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Wee Ka Siong

Tags: Barisan NasionalBNDatuk Seri Wee Ka SiongJohorLiew Chin TongPengarah Strategik DAPPengundi Bukan Islampilihan raya negeriPresiden MCAPRN
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan esok Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang...

Onn Hafiz Ucap Terima Kasih Kepada Bangsa Johor Atas Sokongan

Onn Hafiz Ucap Terima Kasih Kepada Bangsa Johor Atas Sokongan

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor atas sokongan dan kepercayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd