• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

oleh Mynewshub
26/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, penilaian pasca-latihan ketenteraan akan dilaksanakan bagi meneliti keberkesanan serta sebarang impak yang berlaku di kawasan latihan.

MKN dalam satu kenyataan media berkata, penilaian pasca-latihan akan memastikan peruntukan dan tanggungjawab berkaitan kerja-kerja pembaikan terhadap sebarang kerosakan ditetapkan dengan sewajarnya.

“MKN menyokong komitrmen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung pelaksanaan aktiviti ketenteraan untuk memastikan setiap latihan dan operasi
ketenteraan dilaksanakan secara profesional.

“Terancang serta mematuhi segala garis panduan, prosedur operasi dan ketetapan pihak berkuasa berkaitan termasuk aspek keselamatan dan pemeliharaan alam sekitar,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, MKN berkata, pelaksanaan latihan ketenteraan adalah tertakluk kepada prosedur kelulusan yang ketat serta penyelarasan bersama kementerian dan agensi berkaitan.

Menurut MKN, setiap permohonan perlu melalui proses kelulusan serta pengesahan termasuk Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri serta agensi
teknikal.

Kata MKN, permohonan juga perlu dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan aspek keselamatan, pematuhan prosedur dan sensitiviti setempat sentiasa diberi perhatian sebelum dimaklumkan kepada pemilik kawasan.

Bagaimanapun, kata MKN, semua prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pelaksanaan latihan ketenteraan akan terus diperkemas dari semasa ke semasa.

“Kesiapsiagaan pertahanan merupakan elemen penting dalam memastikan kedaulatan, keselamatan serta kepentingan strategik negara sentiasa terpelihara.

“Pada masa yang sama, aspek keseimbangan antara keperluan operasi pertahanan dan sensitiviti setempat perlu terus diberi perhatian melalui pendekatan libat urus dan penyelarasan yang berterusan bersama semua pihak berkepentingan,” kata MKN.

ATM dalam satu kenyataan baru-baru ini menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelaksanaan aktiviti ketenteraan di negeri Pahang.

ATM menegaskan bahawa setiap latihan, eksesais dan operasi ketenteraan dilaksanakan secara terancang, profesional serta bertanggungjawab mengikut garis panduan dan prosedur operasi yang ditetapkan pihak berkuasa berkaitan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Tengku Mahkota Pahang yang menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti latihan ketenteraan di kawasan kepulauan Pahang boleh menggugat ekosistem alam sekitar, flora dan fauna. – MYNEWSHUB

Tags: alam sekitarkerosakanKetenteraanMajlis Keselamatan NegaraMKNpasca-latihanPenilaian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Kerajaan Persekutuan tidak menolak keperluan negeri mencari hasil tambahan, tetapi ia perlu mengambil kira kepentingan alam sekitar, keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd