• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan ‘kesamarataan’ untuk mempertikaikan dasar pegangan ekonomi bumiputera dalam aset strategik negara.

Menurut beliau, cadangan membatalkan syarat pegangan ekuiti bumiputera 50 peratus dan mengembalikannya kepada 30 peratus bagi pelupusan hartanah melebihi RM20 juta oleh GLC dan GLIC menunjukkan DAP masih gagal memahami asas pembinaan negara ini.

Ujar beliau, ia bukan isu perkauman, sebaliknya isu kestabilan nasional, keseimbangan ekonomi dan tanggungjawab kerajaan memastikan kekayaan strategik negara tidak tertumpu kepada kelompok tertentu.

“Yang menghairankan, apabila pemilikan korporat besar terus dikuasai kelompok elit dan kapitalis tertentu, DAP menyebutnya sebagai “market freedom”.

“Tetapi apabila kerajaan cuba memperkukuhkan penyertaan bumiputera dalam aset strategik milik negara, tiba-tiba ia dianggap ancaman kepada keharmonian,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial hari Ini.

Semalam, Penasihat DAP, Lim Guan Eng membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)

Guan Eng mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneliti semula Garis Panduan Pemerolehan Hartanah (PAG) baharu tersebut dan mengembalikannya kepada kadar asal 30 peratus

Mohamed Sukri seterusnya mempersoalkan mengapa DAP takut dengan angka 50 peratus sedangkan bumiputera masih ketinggalan dalam pemilikan ekuiti sebenar, pegangan korporat bernilai tinggi dan penguasaan sektor strategik.

“Atau ada pihak hanya selesa apabila bumiputera kekal menjadi pengguna dan pekerja, tetapi gelisah apabila bumiputera mula diperkukuhkan sebagai pemilik?,” sindirnya.

Kata beliau, GLC dan GLIC bukan syarikat persendirian biasa sebaliknya dibina dengan dana rakyat, melibatkan kepentingan awam dan mempunyai tanggungjawab sosial kepada negara.

Justeru, katanya, kerajaan berhak menetapkan syarat yang melindungi kepentingan majoriti rakyat serta memperkukuhkan asas ekonomi Bumiputera sebagaimana semangat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan..

“Ironinya DAP sering bercakap tentang ‘inklusif’, tetapi apabila dasar sedikit memihak kepada pengukuhan bumiputera dalam aset strategik negara, mereka menjadi pihak paling lantang menentang,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamed Sukri Omar

 

Tags: DAPekuiti bumiputeraGLCGLiCKesamarataanKetua Pemuda PAS SelangorLim Guan EngMohamed Sukri OmarPelupusan Hartanahslogan
Share220Tweet137SendShare

Related Posts

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd