• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

oleh Mynewshub
24/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelaksanaan aktiviti ketenteraan di negeri Pahang.

Menerusi satu siaran media yang dikeluarkan malam ini, ATM menegaskan bahawa setiap latihan, eksesais dan operasi ketenteraan dilaksanakan secara terancang, profesional serta bertanggungjawab mengikut garis panduan dan prosedur operasi yang ditetapkan pihak berkuasa berkaitan.

Menurut kenyataan itu, ATM turut memberi perhatian serius terhadap aspek pemeliharaan alam sekitar dengan melaksanakan langkah mitigasi, pemantauan dan penilaian berterusan bagi meminimumkan kesan terhadap ekosistem semula jadi.

“ATM sentiasa komited memastikan setiap latihan dan operasi dilaksanakan secara selamat serta mengambil kira sensitiviti setempat,” menurut kenyataan tersebut.

ATM turut mengiktiraf kepentingan kerjasama strategik bersama kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, pakar berkaitan serta komuniti setempat bagi memastikan pelaksanaan latihan ketenteraan berjalan lebih tersusun dan berhemah.

Dalam masa sama, ATM menegaskan latihan ketenteraan merupakan elemen kritikal bagi memastikan kesiapsiagaan, keupayaan operasi dan tahap kompetensi angkatan sentiasa berada pada tahap optimum demi mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.

Pada akhir kenyataan, ATM sekali lagi merafak sembah menjunjung kasih dan menjunjung titah Tengku Mahkota Pahang atas pandangan serta keprihatinan baginda terhadap pelaksanaan aktiviti ketenteraan di negeri itu. – MYNEWSHUB

 

Tags: Angkatan Tentera MalaysiaATMlatihanPahangTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahtengku mahkota pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Lebih tiga jam juga saya menunggu dan dapat berjumpa Tuanku kira-kira pukul 10 pagi. Syukur kenderaan baginda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd