• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

oleh Mynewshub
23/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – “Jangan risau walaupun negeri kita ditakbir oleh seorang ‘budak’, tapi ‘budak’ ini memang budak yang rajin”

Demikian ulasan Exco Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid mengenai
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah itu malah berkata, majoriti Exco kerajaan negeri juga adalah ‘budak’

Katanya, semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Onn Hafiz berumur 44 tahun dan ramai Exco yang dilantik sekitar usia tersebut.

“Kalau itu umur lawan kita kata umur budak, MB (Menteri Besar) kita antara MB yang muda dalam Malaysia. Kita kena banggalah.

“Exco kerajaan Johor masa diperkenankan, daripada 10, tujuh ‘budak’. Umur saya 43 masa itu. Kita ada exco kerajaan semuda 36 tahun.

“Kalau nak kata ‘budak’, satu Johor pun Exco ‘budak’. Exco yang agak berumur tiga orang saja,” katanya dalam satu rakaman video.

Beliau dipercayai merujuk kepada Isu Onn Hafiz yang didakwa dilabelkan sebagai ‘budak’ oleh Perdana Menteri.

Mohd Fared berkata, walaupun Menteri Besar Johor dilabelkan sebagai ‘budak’ kerana faktor umur, tetapi beliau seorang yang kuat bekerja.

Menurutnya, semangat dan tenaga ‘budak’ yang dimiliki Onn Hafiz malah menjadi kelebihan besar kepada negeri Johor.

“Dia turun bukan sahaja dalam longkang, dia turun dalam sungai untuk program Johor Bersih. Dia turun ke kampung-kampung untuk Program Kampung Bersih.

“Dia sampai ke setiap masjid dan surau di kampung serta bandar menerusi program Semarak Surau,” katanya.

Mohd Fared berkata, Onn Hafiz juga sanggup melakukan apa sahaja demi rakyat dan negeri Johor.

Katanya, ia termasuk turun sendiri ke kawasan sempadan Malaysia-Singapura serta pulau-pulau di Mersing bagi mendengar masalah masyarakat setempat.

“Suruhlah dia buat kerja apa pun, dia akan buat untuk bangsa dia. MB Johor ‘budak’, bila ‘budak’ semangat dia kuat. Dia tak tahu penat,” katanya lagi.

Beliau turut menyifatkan perkembangan ekonomi Johor yang semakin meningkat ketika ini dibawah pimpinan Onn Hafiz.

Kata beliau, ia juga hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk semua kaum, ketua kampung serta barisan pengurusan negeri.

“Kita kena gembira kalau MB kita ‘budak’. Sebab berkat doa semua bangsa Johor, ekonomi negeri kita makin meningkat hasil kerja sama semua orang,” ujarnya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Fared Mohd Khalid

 

Tags: BersemangatbudakDatuk Onn Hafiz GhaziExco Ehwal Agama Islam negeriExco Johormenteri Besar JohorMohd Fared Mohd KhalidRajin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Dedah Telefon Jadi Sasaran Pengintip – “Semoga Allah SWT Melindungi Kita Semua”

Onn Hafiz Dedah Telefon Jadi Sasaran Pengintip – “Semoga Allah SWT Melindungi Kita Semua”

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa telefon pintar yang dikaitkan dengan...

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

21/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak mewujudkan akaun TikTok palsu menggunakan nama dan imej Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd