• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

oleh Mynewshub
22/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday berkata, perkara itu disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor hari ini.

“Pagi ini Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor. Pertama, mengesahkan secara sebulat suara UMNO dan BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN Johor 2026 yang dijangka tidak lama lagi.

“Kedua, mengarahkan supaya semua jentera Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PPP) bersiapsiaga di semua peringkat; bahagian, pusat daerah mengundi (PDM) dan cawangan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi baru-baru ini mengumumkan BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN dalam PRN.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan selepas BN Johor mengambil maklumat pandangan, suara dan harapan rakyat Johor kepada BN untuk PRN kali ini.

Keputusan tersebut menerima kecaman kuat pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mendesak supaya BN bekerjama dengan mereka dalam PRN Johor. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Md Jais Sarday

Tags: Barisan NasionalbertandingBNJohorMesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johorpilihan raya negeriPRNSemua Kerusi DUNTiada U-Turn
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd