• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kuasa raja mungkin sedikit berbeza antara negeri, namun secara umumnya kuasa tersebut terhad kepada perkara-perkara tertentu, dakwa Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua.

Beliau dalam satu kenyataan berbahasa Inggeris mendakwa kuasa itu antaranya terhad kepada adat Melayu, agama Islam, pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)

“Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan secara umumnya kuasa raja terhad kepada seperti adat Melayu, agama Islam serta peranan Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran DUN.

“Kita tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat untuk menggubal segala aspek kehidupan kita,” dakwanya di media sosial hari ini.

Tony Pua berkata, Malaysia mempunyai Parlimen dan DUN yang dianggotai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk menggubal undang-undang serta membuat keputusan.

Beliau mendakwa semua perkara yang beliau nyatakan itu sepenuhnya selaras dengan Rukun Negara khususnya prinsip kedua, ketiga dan keempat.

“Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Undang-Undang.

“Ya, saya setia kepada Raja dan Negara, serta akan mematuhi Kedaulatan Undang-Undang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara, bukannya berdasarkan dekri atau titah semata-mata,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Berikut kenyataan penuh beliau di media sosial hari ini:

[I believe ALL Malaysians should carefully read, recite and understand Rukun Negara, and the Malaysian constitution.

We have a constitutional monarch. The powers of the monarch varies a little from state to state. However, by and large, the powers of the monarch is strictly limited to defined aspects such as Malay customs, Islam and constitutional roles such as the appointment of Menteri Besars, and approval for the dissolution of the state assemblies.

We do not live is a system whereby the monarch can issue binding decrees which legislates all aspects of our lives. We have the Parliament and State Assemblies, comprised of representatives elected by the people to make such laws and rulings.

The above are entirely consistent with our Rukun Negara. In particular, clauses 2, 3 and 4.

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Loyalty to King and Country.

3. Keluhuran Perlembagaan. The Supremacy of the Constitution.

4. Kedaulatan Undang-Undang. The Rule of Law.

Yes, I am loyal to King and Country, will abide the Rule of Law based on our Supreme Constitution. Not decrees.]

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tony Pua

Tags: Kuasa RajaPengerusi Jawatankuasa Disiplin DAPPerkara TertentuRaja Berpelembagaanrukun negaraterhadTony Pua
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

Tony Pua Kurang Senang Najib Kembali Popular, Ulang Siar Video 1MDB Kempen PRU-14 Untuk Ingatkan Rakyat

Tony Pua Kurang Senang Najib Kembali Popular, Ulang Siar Video 1MDB Kempen PRU-14 Untuk Ingatkan Rakyat

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua kurang senang dengan perhatian dan populariti yang kembali diterima Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd