• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Marilah Sama-Sama Kita Berdoa Agar Johor Terus Dilimpahi Keberkatan”

oleh Mynewshub
18/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Marilah Sama-Sama Kita Berdoa Agar Johor Terus Dilimpahi Keberkatan”
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – “Marilah sama-sama kita berdoa agar Johor terus dilimpahi rezeki yang berkat dan berpanjangan agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan”

Demikian luahan penuh tulus Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengenai amanah besar yang dipikul beliau bersama kepimpinan kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat Johor terus terbela.

Menurutnya, melihat sendiri kegembiraan para penerima Bantuan Johor (BKJ) menjadi detik yang amat menyentuh hati dan mengingatkan dirinya tentang tanggungjawab besar yang perlu terus digalas.

“Melihat senyuman, rasa syukur dan reaksi para penerima amat menyentuh hati saya. Ia menjadi satu amanah besar buat saya dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri untuk terus bekerja kuat memastikan hasil negeri dapat dipulangkan semula kepada rakyat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, beliau memaklumkan lebih RM2.48 juta Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 telah disalurkan di DUN Machap melibatkan hampir 12,000 penerima daripada pelbagai kategori, sebagai usaha berterusan kerajaan negeri membantu meringankan beban kos sara hidup.

Onn Hafiz berkata, ketika turun ke kawasan itu untuk menyampaikan sendiri bantuan tersebut, beliau dapat melihat sendiri kelegaan dan kegembiraan terpancar pada wajah rakyat yang menerima bantuan.

Antara penerima BKJ Fasa 4 termasuk 7,079 warga emas berusia 60 tahun ke atas, 1,867 suri rumah, 806 pasangan baharu berkahwin, 731 Southern Volunteers, 673 jawatankuasa masjid dan surau, 330 murid OKU bersekolah dan tidak bersekolah, 197 anak yatim serta 31 ketua isi rumah miskin di bawah e-Kasih.

Dalam masa sama, beliau turut mengakui masih ada rakyat yang belum tergolong dalam mana-mana kategori bantuan ketika ini, namun kerajaan negeri akan terus berusaha memperluaskan bantuan secara berperingkat mengikut kemampuan semasa.

“Saya juga sedar dan insaf, masih ada mereka yang mungkin belum tergolong dalam mana-mana kategori bantuan buat masa ini. Namun, dengan kemampuan yang ada pada ketika ini, inilah usaha yang sedang kita lakukan secara berperingkat, sebaik mungkin dan sedaya upaya,” katanya.

Beliau turut menzahirkan doa agar Johor terus berada dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT: “Allah Peliharakan Sultan, Allah Berkati Johor, kepada Allah kita berserah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Bangsa JohorBantuan Kasih JohorBKJDatuk Onn Hafiz GhaziFasa 4golongan memerlukankebajikankesejahteraanluahan hatimenteri besarrakyat johor
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz mengingatkan rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan Johor dengan terpengaruh kepada...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd