• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Onn Hafiz Umum BN Bertanding Semua 56 Kerusi DUN

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PRN Johor: Onn Hafiz Umum BN Bertanding Semua 56 Kerusi DUN
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi satu kenyataan di media sosial hari ini.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan selepas BN Johor mengambil maklumat pandangan, suara dan harapan rakyat Johor kepada BN untuk PRN kali ini.

“Saya mengambil maklum pandangan, suara dan harapan rakyat Johor serta kepimpinan akar umbi UMNO dan BN Johor berhubung hala tuju parti menjelang PRN yang akan datang.

“Selepas berbincang dengan pucuk pimpinan parti, saya dengan rasa penuh insaf dan tanggungjawab menyatakan bahawa BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang,” katanya.

Onn Hafiz berkata, bagi UMNO dan BN Johor, pendirian untuk bertanding di 56 kerusi DUN adalah tawaran yang jelas kepada rakyat.

Kata beliau, tawaran itu adalah BN Johor bersedia untuk terus membentuk sebuah kerajaan yang stabil, kuat dan berkhidmat sepenuhnya kepada pembangunan negeri serta kesejahteraan Bangsa Johor.

“Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan melindungi negeri Johor yang kita cintai ini. Allah Peliharakan Sultan. Allah Berkati Johor. Kepada Allah Kita Berserah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Barisan NasionalBertanding Semua Kerusi DUNDatuk Onn Hafiz GhaziJohormenteri besarPengerusi BN Negeri Johorpilihan raya negeriPRNSolo
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Menghadap Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Delegasi UTHM

Pemangku Sultan Johor Terima Menghadap Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Delegasi UTHM

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan...

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd