• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Nak Masuk IPTA Wajib Ada SPM’ – Akmal Saleh

oleh Mynewshub
15/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Nak Masuk IPTA Wajib Ada SPM’ – Akmal Saleh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu dikekalkan menggunakan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.

Menurut beliau, syarat itu perlu terpakai kepada semua pelajar termasuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan tahfiz.

“Tak kira pelajar UEC ataupun tahfiz, nak masuk IPTA wajib SPM,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial.

Beliau berkata, ramai pelajar lepasan UEC dan tahfiz sebelum ini juga mengambil peperiksaan SPM seperti biasa untuk melanjutkan pengajian ke IPTA.

Dalam pada itu, Akmal berpandangan kerajaan tidak perlu membuka lebih banyak “flood gate” dalam dasar pendidikan negara.

Katanya, dasar pendidikan sedia ada perlu dipatuhi dan tidak seharusnya diubah sesuka hati.

“Dasar pendidikan negara perlu kita ikuti, bukan ditebuk sana sini. Simple,” katanya.

Semalam KPT mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) UEC kini diberi laluan untuk memasuki IPTA.

Bagi calon-calon daripada aliran tersebut yang turut memiliki SPM penuh boleh memohon mana-mana program pengajian yang ditawarkan melalui sistem UPUOnline.

Bagaimanapun, bagi calon-calon aliran tersebut yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan diperakui oleh KPM boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program-program tertentu di IPTA. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

Tags: Datuk Dr Muhamad Akmal SalehIPTAKetua Pemuda UMNOSPMtahfizUEC
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Zahid Ucap Terima Kasih Kepada Akmal Saleh Sempena Ulang Tahun ke-77 Pemuda UMNO

Zahid Ucap Terima Kasih Kepada Akmal Saleh Sempena Ulang Tahun ke-77 Pemuda UMNO

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO perlu memastikan parti itu terus relevan dan mendapat tempat dalam kalangan generasi baharu, seiring dengan...

Perjalanan Ini Tak Pernah Mudah, Kita Tak Dibentuk Untuk Menyerah – Akmal Saleh

Perjalanan Ini Tak Pernah Mudah, Kita Tak Dibentuk Untuk Menyerah – Akmal Saleh

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ada waktunya suara kita disalahertikan. Langkah kita dipersoalkan. Kesetiaan kita diuji. Jalan yang dilalui pula sentiasa hadir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd