• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

oleh Mynewshub
15/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)

Mereka sebaliknya mendakwa pengumuman sebenar yang mahu diketengahkan KPT adalah berkaitan laluan kepada lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki IPTA.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pelajar tahfiz tidak pernah berdepan masalah ke IPTA kerana mereka turut menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

“Selama ini mereka yang mengikuti aliran tahfiz menduduki SPM sama seperti pelajar lain dan masuk ke IPTA/IPTS tanpa sebarang masalah.

“Akui sahajalah kerajaan mahu umumkan untuk UEC sahaja sebenarnya. Janganlah main silap mata,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, KPT menerusi satu kenyataan mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC kini diberi laluan untuk memasuki IPTA.

Pelajar di luar sistem pendidikan kebangsaan yang lain iaitu dari sekolah swasta dan sekolah tahfiz turut dibuka laluan untuk memasuki IPTA.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Shukri Omar menyifatkan situasi itu sebagai ‘wayang politik persepsi’

Dakwa beliau, pelajar tahfiz sememangnya mempunyai laluan ke IPTA dan ramai berjaya dalam bidang profesional termasuk perubatan, kejuruteraan, pendidikan dan agama.

“Jadi kenapa tiba-tiba perlu keluar kenyataan khas kononnya lepasan tahfiz kini ‘berpeluang’ masuk ke IPTA? Rakyat boleh membaca apa yang sedang berlaku,” dakwanya lagi.

Beliau mendakwa nama tahfiz diletak bersama UEC bagi mengurangkan sensitiviti politik dan memudahkan penerimaan masyarakat Melayu Islam terhadap keputusan kerajaan.

“Inilah wayang politik persepsi. Aliran tahfiz dijadikan tempelan menutup fokus sebenar,” dakwa beliau.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Mohd Hafez Sabri dengan ayat lebih sinis membandingkan isu UEC dengan Festival Rain Rave.

“Hari ini iktiraf UEC, lepas tu cover dengan tahfiz. Hari ini buat Rain Rave Water, esok cover dengan Quranic Madani,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Fadhli Shaari/Mohamed Shukri Omar/Hafez Sabri

 

Tags: IPTAKPTPemuda PASSPMtahfizUEC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd