• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

oleh Mynewshub
14/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian asing mendapat tempat di negara ini.

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau mempersoalkan rasional sambutan Teong Guan Phor Thor atau Pesta Hantu Lapar mahu dijadikan sebagai warisan negeri di Pulau Pinang.

Menurut beliau, tidak ramai memahami aspek kesenian, keunikan serta sejarah pesta berkenaan sehingga ia dicadangkan untuk diangkat sebagai warisan negeri.

“Mereka bergerak ke hadapan dan terus menguasai. Satu persatu kebudayaan dan kesenian asing mendapat tempat dalam negara.

“Kini Pesta Hantu Lapar pula mahu dijadikan warisan negeri. Tidak ramai yang tahu di mana kesenian dan keunikan pesta ini serta apa sejarahnya sehingga mahu diangkat sebagai warisan negeri,” katanya.

Media semalam melaporkan sambutan Teong Guan Phor Thor atau Pesta Hantu Lapar kini dalam proses pewartaan sebagai warisan tradisi keagamaan Pulau Pinang di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, pewartaan sesuatu budaya sebagai warisan negeri secara tidak langsung akan meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan negeri untuk memelihara serta membiayai warisan tersebut.

Beliau turut mempersoalkan kesungguhan pihak tertentu dalam usaha mengangkat sambutan berkenaan ke peringkat lebih tinggi.

“Apabila dijadikan warisan peringkat negeri maka akan ada potensi diangkat ke peringkat nasional pada masa hadapan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

“Akhirnya identiti asal negara akan tenggelam oleh budaya-budaya yang entah datang dari mana,” katanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Aminuddin Yahaya

Tags: Aminuddin YahayaIdentiti Asal NegaraPengerusi Gabungan NasionalisPesta Hantu LaparPulau PinangtenggelamWarisan Negeriwarta
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mencadangkan formula perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO sebagai langkah merealisasikan penyatuan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd