• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Lebuh Raya Pasir Gudang Capai 83 Peratus, 6.4KM Laluan Sudah Dibuka

oleh Mynewshub
14/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Projek Lebuh Raya Pasir Gudang Capai 83 Peratus, 6.4KM Laluan Sudah Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

JOHOR BAHRU – Projek menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) daripada empat kepada enam lorong kini dilaporkan mencapai kemajuan fizikal sebanyak 83 peratus setakat ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sebanyak 6.4 kilometer laluan utama sudah dibuka dan digunakan orang ramai bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik di kawasan berkenaan.

 

Menurut beliau, projek sepanjang 10 kilometer dari Persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting hingga ke Pasir Gudang itu merupakan antara inisiatif penting kerajaan negeri dalam menangani rungutan pengguna jalan raya yang berdepan kesesakan sejak sekian lama.

“Baki 3.6 kilometer laluan utama dijangka dapat dibuka sepenuhnya pada Ogos tahun ini, manakala kerja-kerja akhir termasuk kemasan dan penyelarasan infrastruktur lain akan diteruskan sehingga siap sepenuhnya pada November 2026,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Dalam lawatan sama, beliau turut meninjau projek penambahbaikan Smart Traffic Light di Persimpangan Taman Kota Puteri dan Taman Teluk Tropikana di Lebuhraya Permas–Pasir Gudang.

Katanya, inisiatif itu dilaksanakan bagi mengoptimumkan sistem kawalan trafik selain memastikan pergerakan kenderaan lebih lancar terutama pada waktu puncak.

Onn Hafiz turut menegaskan kerajaan negeri akan terus memperkukuh jaringan jalan raya dan meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan demi keselesaan serta keselamatan rakyat Johor. –MYNEWSHUB

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/05/onnhafiz_video_1778723034615.mp4
Tags: Datuk Onn Hafiz Ghazi
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd