• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan RM70 Bilion Dah Masuk Dari Amerika Syarikat – Tengku Zafrul

oleh Mynewshub
13/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pelaburan RM70 Bilion Dah Masuk Dari Amerika Syarikat – Tengku Zafrul
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaburan sebanyak RM70 bilion dari Amerika Syarikat (AS) telah masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu.

Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia namun mahu menarik lebih banyak pelaburan dari negara tersebut.

“Pelaburan RM70 bilion dah masuk dari AS dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Tak cukup. Kita nak lagi,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Tengku Zafrul yang Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, beliau telah mengadakan perjumpaan bersama US-ASEAN Business Council (US-ABC)

Menurut beliau, organisasi tersebut mewakili lebih 180 syarikat AS termasuk dalam bidang teknologi, semikonduktor dan pelaburan global.

“Fokus kita bagaimana nak tarik lebih banyak pelaburan berkualiti. Bukan sekadar buka kilang, tapi cipta kerja bergaji baik.

“Bangunkan syarikat tempatan dan kukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global,” katanya.

Ujar beliau, pelaburan seperti itu yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita tak kejar semua pelaburan. Kita pilih yang beri impak kepada rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tengku Zafrul

Tags: Pelaburan Amerika SyarikatPenasihat Politik Kanan kepada Perdana MenteriPengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)RM70 BilionTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

[BAJET 2023] RM55 Billion Untuk Tampung Subsidi, Bantuan Dan Insentif

[BAJET 2023] RM55 Billion Untuk Tampung Subsidi, Bantuan Dan Insentif

07/10/2022
0

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat. Ikuti...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

07/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk golongan B40, khususnya golongan belia bermula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd