KUALA LUMPUR – Pelaburan sebanyak RM70 bilion dari Amerika Syarikat (AS) telah masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu.
Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia namun mahu menarik lebih banyak pelaburan dari negara tersebut.
“Pelaburan RM70 bilion dah masuk dari AS dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Tak cukup. Kita nak lagi,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Tengku Zafrul yang Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, beliau telah mengadakan perjumpaan bersama US-ASEAN Business Council (US-ABC)
Menurut beliau, organisasi tersebut mewakili lebih 180 syarikat AS termasuk dalam bidang teknologi, semikonduktor dan pelaburan global.
“Fokus kita bagaimana nak tarik lebih banyak pelaburan berkualiti. Bukan sekadar buka kilang, tapi cipta kerja bergaji baik.
“Bangunkan syarikat tempatan dan kukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global,” katanya.
Ujar beliau, pelaburan seperti itu yang akan memberi manfaat kepada rakyat.
“Kita tak kejar semua pelaburan. Kita pilih yang beri impak kepada rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tengku Zafrul

![[BAJET 2023] RM55 Billion Untuk Tampung Subsidi, Bantuan Dan Insentif](https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2022/10/BAJET-2023-New.jpeg)
