KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay berbesar hati menerima ucapan tahniah menerusi media sosial kepadanya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Vijay menerusi hantaran ringkas di laman X berkata, beliau komited untuk memperkukuh kerjasama serta mempererat hubungan persahabatan antara Tamil Nadu dan Malaysia.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi dan beberapa pemimpin lain atas ucapan tahniah kepadanya.
Beliau berharap mendapat sokongan dan kerjasama aktif daripada Kerajaan Persekutuan India bagi memastikan pertumbuhan berterusan Tamil Nadu.
“Matlamat utama kami adalah demi kebajikan dan kemajuan rakyat. Kami menantikan sokongan serta kerjasama aktif daripada Kerajaan Persekutuan India bagi memastikan pertumbuhan berterusan Tamil Nadu,” katanya.
Terdahulu, Anwar menerusi media sosial mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Vijay yang juga pelakon popular India itu selepas dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu. – MYNEWSHUB


